Saturday, December 29, 2012

Senyuman Itu

Assalamualaikum





Sebuah kisah benar yang pernah aku hadapi. 

Semasa akhir sem 1 Sarjana, seperti pelajar-pelajar yang lain , aku diuji dengan assignment yang bertimbun, proposal projek penyelidikan yang belum disiapkan, projek penyelidikan yang menemui jalan buntu dan peperiksaan akhir yang kian tiba.  Namun tidak seperti student-student yang lain, aku menghadapinya dengan sikap yang negatif , hidup terasa sangat sempit dan kacau bilau.

Dalam keadaan penuh keserabutan, muram, mengeluh dan sikap yang negatif aku menaiki tangga menuju ke makmal.  Tiba di tingkat dua, aku bertembung seorang senior yang baru ku kenal lebih kurang sebulan. Dia melemparkan sebuah senyuman kepadaku, dan dengan penuh keterpaksaan aku membalas senyuman itu.
 
Pelik, ketika melihat dan membalas senyuman itu, segala masalah yang bagaikan sebuah gunung dihadapan bertukar menjadi busut yang kecil. Muram, sempit semuanya hilang. Ajaibkan


Senyuman, nampak seolah-olah perkara yang sangat remeh

Tapi apa yang kita tidak sedar, ia mampu memberi kesan positif kepada orang lain.

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud: Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah gembira dan senyuman)”. (Hadis Riwayat Muslim)


Mulai dari saat itu, aku cuba untuk senyum sebanyak yang mungkin.


Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya ?"

Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).

P/S: Keadaan ni berulang kembali hari ini...

Wednesday, December 12, 2012

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja menemui Pencipta


 Assalamualaikum




BESUT - Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi.

Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011. - Bernama

Agak terkejut mendengar berita pemergian Allahyarham

Sewaktu kecil dulu wajah beliau selalu dinanti-nantikan untuk mendengar berita gembira.

Al- Fatihah
 

Friday, December 7, 2012

Seronokkah Menjadi Islam?

Assalamualaikum ^_^v


Pernahkah terdetik dalam hati kita untuk bertanya kepada diri kita sendiri, 

"Seronokkah aku menjadi seorang Muslim?"

Mungkin kita akan menjawab "Ya", tapi cinta itu memerlukan bukti.




Sewaktu azan berkumandang, bagaimana reaksi kita

"Dah azan, singgah masjid la"

"Azan pulak, baru nak lelap"



Sewaktu tiba Ramadhan

"Alhamdulillah, bulan untuk beramal"

"Aduh, malas betul nak puasa sebulan"


Ketika berhadapan dengan tabung masjid

"Saham akhirat"

"Nak simpan duit, beli Iphone 5"

Moh le kita muhasabah diri sendiri, kadang-kadang kita tidak sedar perbuatan kita itu lebih ke arah tidak seronok menjadi seorang muslim

Sebagai contoh, yang terjadi pada diri ini

Bila terdengar azam subuh

"Laa dah subuh ke, tak puas lagi tido, 5 minit lagi la"  *tarik selimut



Iklan Percuma:

Sahabat-Sahabat di kawasan Bandar Baru Bangi, jika ada kelapangan 


Semoga apabila kita lebih memahami Islam, lebih Sayang kita kepada Islam



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...