Saturday, June 18, 2011

Chirping Cheetah

Assalamualaikum

Kenal cheetah? Mesti kenal kan. Kucing liar yang paling cute (pandangan aku la, taste lain2), Binatang darat yang terpantas. Salah satu binatang yang diambang kepupusan sebab genetic diversity dah kurang. Tapi bukan nak post pasal tu (mentang2 belajar conservation =p). Hari tu tengok NatGeo wild terkejuz rupanya cheetah ni ada bunyi burung.. cute max!!! Ingatkan reti mengaum je..



Rasa nak peluk2 cheetah tu (berani ke?)



Ni seekor lagi kucing liar, Serval Cat




P/S: kucing2 yang aku jumpa setakat ni tak pernah plak buat bunyi macam tu, ke aku yg tak perasan, banyaknya benda yang tak tahu pasal alam ni.. huhu


Wednesday, June 15, 2011

Semakin Jauh


Assalamualaikum, hari ni dekat paper kosmo ada satu berita penting bertajuk

"Golongan muda kurang amalkan ajaran Islam"



Berita mengenai kajian yang dibuat di Indonesia. Kenapa Malaysia tak buat kajian yang sama? Malaysia kalau buat kajian yang sama pun hasilnya lebih kurang je. Aku copy paste hasil kajian dia

"Hasil kajian mendedahkan hanya 28.7 peratus responden mendirikan sembahyang lima waktu sehari. Hanya 11.7 peratus memahami ayat-ayat al-Quran dan kurang 60 peratus daripada mereka berpuasa di bulan Ramadan."

28.7% JE yang lengkap solat- bukankah solat itu tiang agama ...
11.7% JE memahami ayat Quran- bukankah Quran itu petunjuk untuk umat Islam..
60% JE berpuasa di Bulan ramadhan- bukankah puasa tu rukun Islam ke-3..

Umat Islam dah semakin jauh dari Islam. Yang tinggal hanya nama, Sama-sama lah kita berubah, tanpa solat, tiadalah yang dapat menghalang kita dari melanggar perintah Allah, tanpa Quran, sesatlah kita selama-lamanya di Bumi Allah ni, maka timbullah kes-kes gejala sosial, jenayah dan yang paling ditakuti adalah kes murtad. Statistik orang yang memohon untuk murtad di Malaysia:



Ramaikan. Sebab tu la aku kata kalau Malaysia buat kajian hasil mesti lebih kurang je, tanpa Quran confirm sesat, bukan aku kata, Rasulullah kata,
tu janji Rasulullah,.

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu Al-Quran dan sunnah Rasul”
(Riwayat Bukhari)

Kembalilah kita pada Al-Quran dan As-Sunnah~~

Jom layan lagu ni,sayu. Group feveret time kecik2 ^_^~~





"Ya Allah kami berlindung pada Allah dari menyekutukan Engkau dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami mohon ampun kepada-Mu dari menyekutukan-Mu dengan sesuatu yang kami tidak tahu"

Saturday, June 11, 2011

Tap Water vs Bottle Water



Assalamualaikum..
Dah tengok kan, hebatkan cara syarikat-syarikat air mengaut keuntungan. Keadaan ni kat US, Malaysia tak tau la macam mana... Tapi kat Malaysia sumber air botol ditanda ikut tudung..

Tudung putih - Air paip
Tudung biru- Air mineral
Tudung Hijau- Yang ni tak tahu, spritzer je pakai tudung ni
Tudung Kuning- Spritzer gak tapi versi wayang..

Tak kesah la tu, masing-masing pandai buat pilihan. Salah satu Point yang paling penting kat sini botol dari air botol tu punca pencemaran. Dari proses penghasilan sampai ke pembuangan. Boleh tengok kat persekitaran kita, merata-rata botol air. Sayangilah Bumi kita.. (^_^)V

Wednesday, June 8, 2011

Dalam Hati Ada Dunia

Saat2 kebosanan layan hot.fm pun sodap. Lagu demi lagu dimainkan, si pendengar pun turut menyanyi setiap lagu dengan sempurna, tanpa kesalahan. Kemudian si pendengar terdengar bunyi bacaan Al-Quran, "aku tau surah ni." Dia pun mengikuti bacaan itu, tapi setiap ayat penuh dengan kesilapan, lupa, bacaan terbantut. Dia pun mula terfikir. "Aku ni nama je Islam, tp dalam hati n ingatan xlekat pun ayat Quran, lagu tau plak, !! Dalam hati ada dunia SAHAJA "

Of coz la si pendengar tu aku sendiri. Then teringat zaman sekolah dulu, ada kelas KKQ, Kelas Kemahiran Quran, aku selalu ponteng kelas ni, sebab kelas ni wat time PREP, ngantuk. Kalau pergi pun xfokus, xda sikit pun ilmu kelas tu yang lekat saat ni, rasa nyesal sangat2.. huhu. 1 je yang lekat, doa lepas abis belajar (excited nak balik sbb tu ingat):




Pesanan ustaz "Hidayah n petunjuk mesti dicari, tak datang bergolek". Macam mana nak cari?

"
Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegangan dengannya, yaitu Kitabullah (Al Qur’an) dan sunnah Rasulullah Saw.(HR.Muslim)"

"Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (An Nahl:64)"

P/s: Azam baru, nak ingat balik apa yg telah lupa, mcm dalam doa tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Topup2u