Thursday, April 12, 2012

Dah Nak Dekat Da....

Assalamualaikum,

12 April 2012, Bila baca status Maher Zain terus terlintas "Hah!! Bukan baru je ke lepas Ramadhan "

Sibuk countdown Euro 2012 yang takde kena mengena tak perasan pulak yang ada kena mengena dah nak tiba..



Cepat sungguh masa . Semoga  Semua dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan..

Saturday, March 31, 2012

Lagu Bawaku Pergi digantung siaran


Assalamualaikum, 

Lagu Bawaku Pergi telah digantung sebab lirik dia..

KUALA LUMPUR - Pencipta dan penulis lirik lagu Bawaku Pergi, Malique mengesahkan bahawa lagu berkenaan sudah digantung siarannya ekoran liriknya yang kontroversi.

Dalam satu kenyataan kepada media semalam, beliau yang mewakili syarikat penerbitan lagu tersebut iaitu Qarma Musiq memaklumkan, penyanyi lagu berkenaan iaitu pelawak Zizan Raja Lawak telah menerima sepucuk surat mengenai perkara itu daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pagi semalam.

"Kami mahu menuntut keadilan dan pertimbangan yang jelas terhadap tindakan untuk menghentikan seketika penyiaran lagu tersebut," katanya.


Wednesday, March 21, 2012

Bawa Aku Pergi



Assalamulaikum, sedikit lirik lagu "Bawaku Pergi"


bawa aku pergi

pacu laju-laju
kita lari dari realiti
bawa aku pergi
pacu laju lagi
malah kita
tak perlu kembali 


tolong jangan bilang mama

tolong jangan bilang papa

malah jangan bilang teman karibmu
jangan bilang sesiapa 


Kita taksub mencari cinta orang, sedangkan cinta dari mak ayah sentiasa ada...

Pelikkan, ibu bapa yang sayang pada kita sejak lahir, ditinggalkan kerana cinta yang berusia 2 3 bulan..

Memang tak sama cinta kekasih  hati dengan cinta ibu bapa,  kerana cinta mak ayah tu jauh lebih tinggi darjatnya, jauh lebih mulia, malah membawa ke syurga...

Kekasih hati boleh ditukar ganti, ibu bapa, itulah satu-satunya...

Janganlah pergi tanpa keredhaan mereka..

Hayati video ini..




Saturday, February 25, 2012

Jika Lewat Bangun Solat Subuh

Assalamualaikum,


apa yang perlu dilakukan jika kita lewat subuh??


jom dengar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Topup2u