Tuesday, November 6, 2012

Tunang Sengkek

Assalamualaikum
 








Sinopsis:
Hantaran RM 12 000
Tunang tak cukup duit.
Kata duit RM 18 000 kena rompak
Tunang menghilangkan diri


Berita penuh kat sini




Si A: Aku rasa aku tak kahwin la
Si B: Kenapa?
Si A: Umur nak dekat 30 da. Aku kerja tak tetap, kalau ditakdirkan aku dapat kerja tetap pun, gaji basic 1.8k-2k je. Nak kahwin at least kena ada 20k. Tolak belanja, aku rasa boleh simpan 500 sebulan, berkurun la nak tunggu cukup duit

Allah bagi rezeki dekat manusia ni berbeza-beza. Ada orang dapat banyak walaupun kerja tak kuat. Ada orang dapat sikit walaupun kerja kuat. Kepada yang merancang untuk berkahwin tu, tengok dulu pendapatan si lelaki sebelum meletakkan harga majlis anda. Jika dia mampu, buat la semahal pun tak kisah, tapi jika tak mampu, buat la ala kadar je.

Jangan la jadikan "hari perkahwinan" tu sebagai punca rosaknya sebuah perkahwinan







Saturday, October 13, 2012

Nila Wanita


Assalamualaikum



Kata-kata hikmah daripada ahli matematik Islam Al-Khwarizmi untuk Akhwat.


Jika wanita  beragama = 1


Jika dia cantik, letakkan 0 selepas 1 = 10


Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100


Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah
lagi 0 = 1000

Tetapi jika yang “1” tiada..


maka, tiada apa yang tersisa padanya


kecuali sekelompok “0”



Wednesday, October 3, 2012

Allah Maha Pengampun




Seorang lelaki datang bertemu dengan Rasulullah SAW seraya berkata, "Jika aku berbuat dosa, apakah akan ditulis?" Rasul menjawab, "Ya. Akan ditulis" Ia bertanya lagi, "Bagaimana jika aku bertaubat?" Rasul menjawab, "Akan dihapus." Ia berkata lagi, "Bagaimana jika aku mengulangi lagi?" Rasul menjawab, "Akan ditulis." Ia berkata lagi, "Ya Rasul, bagaimana kalau aku bertaubat?" Rasul menjawab, "Akan dihapus." Lelaki itupun berkata, "Ya Rasul, sampai bilakah Allah akan menghapus?" Rasul menjawab, "Allah tidak akan bosan memberi ampunan sampai kalian bosan meminta ampun." (Hadis Riwayat Thabrani dan al-Hakim)

Usahlah berputus asa dengan rahmat Allah, jom kita berusaha memperbaiki amalan. 

Hidup InsyaAllah, mati adalah pasti

Monday, August 13, 2012

Syirik Kecil

Assalamualaikum





Sabda Rasulullah s.a.w. :
"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak."
(HR Imam Ahmad)


 
 Jom ikhlaskan diri beramal di 10 malam terakhir ^_^ 

 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Topup2u