Monday, October 17, 2011

Carbon Calculator

klik untuk besarkan


Assalamualaikum ^_^v

Gambar atas ni printscreen dari web MAS. Ramai yang tak tau (termasuk conservationist wannabe) syarikat penerbangan Malaysia ada Carbon Calculator.

Fungsi dia nak kira karbon yang kita lepaskan sepanjang perjalanan ke destinasi. Contoh atas ni dari Kuantan ke KL, karbon yang dilepaskan 0.032 tonnes.

Amount tu pulak jumlah yang kita perlu bayar, tapi jangan risau, tak wajib pun. Siapa yang bayar, duit tu akan disalurkan kepada institusi-institusi yang bertanggungjawab mengurangkan jumlah karbon dalam udara. So tak rugi pun bayarkan, untuk kualiti udara yang lebih baik

Bumi ni sfera, what goes around comes around. Karbon yang kita lepaskan, akan kena kat kita balik.

Nak try kira klik sini

P/S: Sepatutnya bas ekspres pun buat carbon calculator ni


Tuesday, October 11, 2011

Pump Shell FuelSave 95


Assalamualaikum ^_^..

Pernah tenngok tak gambar atas ni? Mesti pernahkan. Alhamdulillah aku dapat voucher RM100 dari pertandingan ni. Dapat minyak free RM100, ok la kan , mana ada orang nak bagi.

Lepas ni siapa-siapa nak isi minyak atas RM30, cari la shell ye, mana la tau ada rezeki menang besar.

Tahun lepas cikgu sekolah aku, dapat duit raya besar dari shell.




Sunday, September 11, 2011

Aku Terima Nikahnya...




Assalamualaikum, perhatian buat lelaki-lelaki
Ustaz Zamri

"Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dgn mas kahwin RM...."


Bunyi macam senang? Nah ni makna sebenarnya..

Aku tanggung dosa-dosa si dia , apa saja dosa yang si dia buat, dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya, aku tanggung & bukan lg ibubapa si dia..Dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak ku, jika gagal maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka & malaikat Zabaniyah melibas badanku sehingga pecah..

Amacam? ada berani?


Thursday, September 8, 2011

Gelagat Mahasiswa2 Baru


Assalamualaikum, minggu ni adalah minggu pendaftaran bagi kesemua IPTA-IPTA kat Malaysia ni. Sempat la g jenguk gelagat pelajar n family di UKM dan USIM, antaranya:

Muka excited
Semua yang daftar muka excited je, family pun nampak gembira, sape tak ske masuk U kan..

Macam Rombongan Meminang
Siapa tak gembira anak masuk U kan. Bangga tu, abis semua sedara-mara ikut g daftar, hehe

Nak pindah rumah ke??
Majoriti budak-budak bawak barang-barang kus semangat, macam nak pindah rumah. Paling ekstrem, bawak 1 kereta dan 1 MPV, dua2 penuh barang..

Eh, tak cukup lagi ke??
Barang dah banyak, tapi habis pendaftaran ramai yang berpusu-pusu ke Tesco n Giants, beli lagi barang.

Sabar la wei
Panas je tengok orang potong line waktu proses pendaftaran, kesian yang tabah beratur panjang-panjang dari mula. Lebih memanaskan keadaan bila seorang start potong, ramai pulak yang follow..

Tak Prepare
Pelajar-pelajar datang pakai warna sedondon, tapi ada gak yang sesat berbaju lain

Staff: Ni kenapa tak pakai baju ni?
Pelajar: Tak sempat tempah
Staff: Baju raya sempat pulak tempah
Pelajar: Tak sempat jugak, saya pakai baju raya tahun lepas je

Sian budak ni (Assume dia bercakap benar)

Pak Guard bukan tunggul..
Pak Guard kate xboleh parking, dia parking jugak, last-last jem, kata-kat pak guard:

Si D: Kenapa boleh jem sampai macam ni pak cik.
P. Guard: semua tak reti bahasa, p.cik suruh berhenti letak barang je, semua berhenti terus parking. Lepas tu tak keluar-keluar dari kolej tu, apanye wat dalam kolej tu ntah

Disebabkan semua parking ikut dan, kawasan park king kereta kosong, perbualan ngan park guard lagi:

Si D: Pak cik nak parking kereta kat mane?
P. Guard: Awk naik atas tu, helikopter pun boleh parking

Naik-naik atas, memang betul, lima buah heli pun boleh park, haha

Tu lah antara gelagat2nye. Semoga berjaya mencapai cita-cita masing-masing.

P/S: Sedap je cakap kat orang, dia dulu pun sama je, minus rombongan, dulu daftar sorang2 je, abang hantar g U leta barang pastu tinggallah ku sendiri menyelesaikan hal-hal pendaftaran, masuk2 bilik, rum8 bawak 1 kampung, sedih siot T_T.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Topup2u