Wednesday, January 25, 2012

Khas Utk Alip

Assalamualaikum Alip,  




aku  wish kat cni je la ek.. Selamat Hari Lahir, cepat-cepat la kahwin ye..

mesti ko patah hati seribu kan xda kad blakang seat.. so 
sempena besday ko aku rekod n email la lagu patah seribu (padahal tau lagu tu je =p )

nak buat video banyak masalah, 1st try yang wan post tu hasil gagal daripada beribu2 vid yang direkod, haha

so aku rekod bunyi je la, sila pakai earphone supaya ko nightmare malam ni , sila download link kat email ko tu





Friday, January 13, 2012

Ust Kazim Elias + Ust Azhar Idrus: Hijrah Menuju Ilahi (MEdiafire)

Assalamualaikum,


 Kuliah Ust Kazim +Ust Azhar Idrus dah keluar. 

Aku upload gak versi mp3 yang diconvert dari kuliah ni. Saiz lagi kecil sesuai untuk mereka yang dah sampai limit broadband. Nanti boleh letak dalam mp3 player.

Credit to kaiser@syok.org/kaiserfarrel.com. 

Video (550mb)

MP3 (38mb)

 

Tuesday, January 3, 2012

Apabila zina menjadi budaya

Assalamualaikum,
Alhamdulillah,  kita dah sampai tahun 2012. Banyak dah kemajuan kat Malaysia ni. Tapi makin kita maju dari segi teknologi, ekonomi, makin jatuh pulak akhlak kita sampai di tahap remaja boleh berkata mengenai Zina

"benda tu BIASA"
"Kawan buat OK JE"


Saksikanlah realiti kehidupan di Malaysia: 






Video ni lagi sedih dari Ombak Rindu (tak terkira aku menguap)

p\s: Wardina dah xda kat MHI T_T 


Saturday, December 31, 2011

Tahun Baru, Undang2 Baru

Assalamualaikum.

Selamat tahun baru!!!! Semoga tahun baru ni lebih mendekatkan kita dengan Allah




Berita 31/12, beberapa undang2 baru akan dikuat kuasakan, so jangan lupa pakai tali pinggan nanti melayang RM300 ^_^


KUALA LUMPUR - Penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar belakang merupakan antara peraturan baharu yang berkuat kuasa mulai 1 Januari ini.

Pengguna jalan raya yang gagal mematuhinya akan dikenakan kompaun RM300.

Selain itu, arahan penyeragaman logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia juga berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 ini.

Selain itu, pelaksanaan kadar caruman majikan sebanyak 13 peratus bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang memperoleh gaji bulanan kurang daripada RM5,000 yang juga mula berkuat kuasa.

Ekoran Bajet 2012 pula, seramai 1.3 juta penuntut institusi pengajian tinggi tempatan dan pelajar sekolah menengah akan menerima baucar buku RM200 mulai Januari ini.

Daripada aspek pendidikan, mulai tahun 2012, Pendidikan Keselamatan Jalan Raya bakal dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah.

Bermula 1 Januari juga, kerajaan bersetuju melakukan pengumuman dalam bahasa Tamil disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Terminal Terbang Tambang Murah.






Sumber Kosmo! Online - Negara
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Topup2u