Tuesday, July 9, 2013

Kegembiraan Berbuka

Assalamualaikum

Fuhh bulan 3 last update, dah nak Ramadhan dah.

Apakah hikmah berpuasa?

Kalau ikut jawapan Pendidikan Islam waktu sekolah dulu, salah satu jawapan dia adalah dapat merasai kelaparan orang-orang miskin atau yang kurang bernasib baik.

Jawapan tu betul , tapi kurang tepat.

Ya, memang kita akan rasa lapar sebagaimana mereka rasa lapar, tapi dalam kelaparan kita tu, kita dah ada senarai makanan apa yang kita nak makan sewaktu berbuka. 

Sedangkan mereka belum tentu ada makanan untuk berbuka.

Nampak tak perbezaan tu. Bagi kita kegembiraan berbuka itu jelas tapi bagi mereka kegembiraan itu hanya harapan.

Sempena ramadan ni marilah kita berkongsi kegembiraan berbuka itu bersama-sama orang-orang miskin, saudara-saudara seislam di negara-negara yang sedang bergolak dan meraka yang kurang bernasib baik.

Di sini saya senaraikan beberapa NGO yang menyediakan "jalan" bagi kita untuk menyumbang.

Pilih la mana-mana yang mudah


1) Aqsa Syariff- Khas untuk Palestin






Contribution Package:
1) Gaza & Iftar at Al-Aqsa Mosque (RM50/set)
2) Ramadan Food Pack (RM300/set)
3) Eid Gift (RM150/set)
4) Back2School (RM150/set)



link: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=608746522482353&set=a.129148023775541.17193.107299275960416&type=1&theater


2) Islamic Relief - Dalam & luar negara





Bank Islam: 12 029 01 006564 3
Maybank: 5621 4270 8704
CIMB : 1259 0000 804 058


info: http://islamic-relief.org.my/my-sadaqah/


3) Rayuan Ramadhan- Dalam & Luar negara




info: http://ramadhan-qurban.org/




Banyak lagi  boleh la cari sendiri


Dengan adanya kemudahan internet banking urusan memberi sumbangan ni sangat mudah


Ingatlah la pada mereka


Kita beli makanan banyak-banyak kat bazar last2 tak habis. Baik simpan sikit iut tu untuk mereka.

Salam Ramadhan ^_^v

 

Wednesday, March 27, 2013

Jangan Makan Lagi...

Assalamualaikum

Seorang hamba Allah ni setiap kali nak makan je mesti dia cakap

"Jangan makan lagi, nak tangkap gambar"

hahaha

Sepatutnya dia cakap

"Jangan makan lagi, doa dulu"



Tak kisah la  nak tangkap gambar ke nak buat apa, janji jangan lupa doa sebelum makan

Jom layan gambar-gambar makanan yang diabadikan sebelum makan di instagram.

Semua dari instagram membe2. Sori geng.. hehe



  




Friday, March 15, 2013

Pabila Ditimpa Bahaya

Assalamualaikum


Sepanjang kita hidup di bumi Allah ni, pasti ada saat kita merasa kesusahan, masalah ,bahaya dan musibah . 

Contoh paling mudah seorang pelajar, bila tiba waktu exam, dia mula mendekati masjid, berpuasa, banyak berdoa..

Bila exam tamat, dia mula merasa aman, amalan-amalan baik terus ditinggalkan. Akan bersambung 5 ke 6 bulan akan datang.

Allah Maha Mengetahui perangai hamba-Nya. Surah Yunus ayat 12

Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.


Namun apa yang kita tidak sedar, walau berkali-kali kita mengulangi perbuatan ini, Allah masih mengeluarkan kita dari segala musibah.

Betapa kasihnya Allah kepada kita

Ingatlah Allah diwaktu senang, Allah akan mengingati kita diwaktu susah




Tuesday, March 5, 2013

Nikmat Yang Kita Tidak Sedar..

Assalamualaikum



Pada 3 mac yang lalu, seorang sahabat telah menceritakan kisah mengenai rakan sesekolah.

Rakanku ini mempunyai penyakit Diabetes genetik, maknanya bukan sebab dia kuat makan, tapi memang diwarisi dari ayahnya. Disebabkan penyakit ni, 2-3 tahun lepas dia hilang penglihatan. Sewaktu pergi melawatnya dulu (raya 2011) terasa syahdu je hati, orang muda yang sebaya tapi buta. Tak mampu belajar dan bekerja.

Dalam 2 bulan yang lepas, Diabetes tu telah menyebabkan ginjalnya rosak. Kini dia perlu menjalani dialisis seminggu sekali dengan kos RM1200 sebulan.

Ayahnya dan abang sulung telah meninggal dunia. Ibunya hanya bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak dengan pendapatan bulanan 700-800 sebulan.


Mendengar kisah menyedarkan diri ini, betapa besarnya segala nikmat yang Allah telah berikan selama ini.

Melihat

Badan Yang Sihat

Wang yang ckup

Belajar

Bekerja

Alhamdulillah... 


Kepada yang ingin menghulurkan bantuan

0615-0061313-52-0 
mohd hafiz bin azmi

Sila sms  0139279172 etelah anda menghulurkan bantuan
Bantuan anda amat dihargai..


Info mengenai Diabetes





Wednesday, February 6, 2013

Ad- Dhuha

Assalamualaikum,

Surah Ad-Dhuha, salah satu surah yang selalu dibaca oleh imam-imam.

Jika hanya dibaca melalui tafsir, mungkin kurang memberi kesan kepada kita.

Jom sama-sama kita dengar kisah disebalik surah ini...



Subhanallah. Sungguh indah

Semoga menjadi motivasi kita di saat diri terasa lemah..


Friday, February 1, 2013

Rumah Oh Rumah...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, aku menge "post" entry baru untuk tahun 2013

Assalamulaikum

Ada 1 video menarik yang ingin dikongsikan. 

1 isi penting yang menarik dalam video ini:

  • Generasi berumur 20-30 yang bergaji 5k kebawah akan menjadi generasi yang tidak berumah



"Ya Allah, lindungi kami dari perasaan ketakutan dan kesedihan, jauhi kami dari sikap lemah dan malas, lindungi kami dari sifat penakut dan kedekut, bebaskan kami dari bebanan hutang dan penindasan orang"..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Topup2u