Tuesday, December 29, 2009

Sad News for Mother


Cerita yg sedih n menyayat hati....


A mother passing by her teenage daughter's bedroom was astonished to see the bed was nicely made and everything was neat and tidy. Then she saw an envelope propped up prominently on the centre of the pillow. It was
addressed "Mom". With the worst premonition, she opened the envelope and
read the letter with trembling hands:-


Dear Mom,

It is with great regret and sorrow that I'm writing you, but I'm leaving home. I had to elope with my new boyfriend Ran
dy because I wanted to
avoid a scene with Dad and you. I've been finding real passion with Randy and he is so nice to me. I know when you meet him you'll like him
too - even with all his piercing, tattoos, and motorcycle clothes. But
it's not only the passion Mom, even though Randy is much older than me
(anyway, 42 isn't so old these days is it?), and has no money, really
these things shouldn't stand in the way of our relationship, don't you
agree?

Randy has a great CD collection; he already owns a trailer in the woods
and has a stack of firewood for the whole winter. It's true he has
other girlfriends as well but I know he'll b
e faithful to me in his own way .
Randy taught me that marijuana doesn't really hurt anyone and he'll be
growing it for us and we'll trade it with our friends for all the cocaine and ecstasy we want. In the meantime, we'll pray that science will find a cure for AIDS so Randy can get better; he sure deserves it!!


Don't worry Mom, I'm 15 years old now and I know how to take care of
myself. Someday I'm sure we'll be back to visit so you can get to know
your grandchildren.

Your loving daughter,

Rosie.









At the bottom of the page were the letters "PTO". Hands still trembling,
her mother turned the sheet, and read:



PS: Mom, none of the above is true. I'm over at the neighbour's house.
I just wanted to remind you that there are worse things in life than my
report card that's in my desk centre drawer. Please sign it and call when it is safe for me to come home. I love you!


Sedihkan..haha. Situasi dia lebih kurang sama dgn kebanyakan mereka2 yg baru dpt result, jd boleh la dipraktikkan...








Creating Opportunity

Peluang bukan semuanya datang bergolek, jadi kalo xdapat peluang tu kena pandai cipta peluang mcm katun ni...



hehe.. tp jgn wat jahat mcm dia lak

Thursday, December 24, 2009

Facebook punca cerai

Sumber: Metro

SYDNEY: Bagi kebanyakan pasangan, laman sosial Internet seperti Facebook adalah cara untuk mengekalkan hubungan dengan rakan.

Namun, kesan negatifnya semakin disedari dengan dakwaan terbaru menyatakan laman itu menjadi punca meningkatnya jumlah perceraian.

Menurut sebuah syarikat guaman, hampir satu daripada lima tuntutan cerai yang diuruskannya menyebut Facebook sebagai satu daripada punca.

Pengarah Urusan Divorce-Online, Mark Keenan berkata: “Saya terdengar kakitangan saya berkata, ramai orang yang bercakap mereka mengetahui kecurangan teman hidup mereka dalam Facebook.

“Saya mengambil keputusan untuk mencari bagaimana serius keadaan itu.

“Saya terkejut apabila mendapati 20 peratus daripada tuntutan cerai merujuk kepada Facebook.

“Alasan paling lumrah ialah pengguna laman itu bersembang mengenai seks dengan orang yang tidak berkenaan.”

Pengkritik berkata, laman sosial Internet menarik golongan lemah untuk berlaku curang terhadap teman mereka.

Suami atau isteri yang mengesyaki sesuatu, menggunakan laman itu untuk mencari bukti kecurangan pasangan mereka.

Pada masa sama, syarikat juga mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan mengeluarkan perisian yang membolehkan pelanggan mengintip secara elektronik terhadap pasangan mereka. – Agensi


Aku da dengar lama da pasal hal facebook menghancurkan hubungan, tapi yg couple je la, aku xkesah sgt la kalo takat couple tu. Tp tak sangka lak org yg da kawin pon rosak gak disebabkan fb ni. Dah nama pon web sosial, kalo da terover sosial tu la jadinye. Jadi sape yg ada org istimewa tu beringat la ketika berfacebook, pandai2 la jaga perkataan yg korang taip tu. Ada sorg membe aku dulu sanggup delete fb dia pasal nk jaga hubungan. Nasib baik aku single, senang hidup ..hehe.. couple xbaik utk kesihatan n tiada dlm Islam (terkeluar tajuk skit.. (^_^))


Wednesday, December 23, 2009

6 atau 7

Cikgu Kazuha: Kalau cikgu bagi 2 arnab, dan wan_tinggi bagi 2 arnab lagi dan alip_cerah bagi 2 lagi arnab, berapa arnab yang kamu ada?

Fahmi Ceng: 7 cikgu

Cikgu Kazuha: dengar betul2 soalan ni, cikgu bagi kamu 2 arnab, kemudian wan_tinggi bagi lagi 2 arnab dan alip_cerah bagi lagi 2 arnab, berapa kamu ada?

Fahmi Ceng: 7 cikgu

Cikgu Kazuha: sengal btul la budak ni, ok, cikgu bagi kamu 2 biji epal, alip_cerah bagi 2 biji epal dan wan_tinggi bagi dua biji epal, berapa biji epal kamu ada.

Fahmi Ceng: 6 cikgu

Cikgu Kazuha: Bagus. Sekarang cikgu bagi kamu 2 arnab, kemudian wan_tinggi bagi lagi 2 arnab dan alip_cerah bagi lagi 2 arnab, berapa arnab kamu ada?

Fahmi Ceng: 7

Cikgu Kazuha: Salah la jawapan kamu, 6 jawapannya, motif kamu boleh dpt 7??

Fahmi Ceng: xda3!! mmg 7 jawapannya sebab saya da ada seekor lagi kat rumah...


Bagus btul si Fahmi ni kan

Pelakon utama:
Fahmi Damanhuri
Kazuha Toyama

Pelakon Pembantu:
Aliff Lazim
Hazwan Nizam

Pencahayaan:
Aliff Lazim

Make up artis:
Ain HAvi
Fariza

Monday, December 21, 2009

Tidak tutup aurat, kompaun RM500


Oleh ZAID MOHD. NOOR
zaid.mohdnoor@kosmo.com.my

KOTA BHARU - Seramai 15 peniaga dan pekerja wanita beragama Islam di Pasar Borong Wakaf Che Yeh di sini dikenakan kompaun RM500 oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) pada operasi tutup aurat di sini malam kelmarin.

Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Islam MPKB-BRI, Wan Sharafi Wan Mustafa berkata, mereka dikenakan tindakan tersebut kerana berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan MPKB-BRI 1986 (pindaan 2002).

Jelas beliau, penguatkuasaan larangan mendedah aurat itu dikenakan kepada golongan peniaga yang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di bandar ini tanpa mengira waktu.

"Operasi itu diadakan selepas mendapati ramai peniaga dan pekerja wanita beragama Islam tidak menutup aurat walaupun pekeliling bertajuk Arahan Mematuhi Etika Berpakaian telah dikeluarkan sebelum ini," katanya.

Mereka yang dikenakan tindakan itu didapati tidak memakai tudung kepala, memakai kemeja-T berlengan pendek dan ketat serta berseluar panjang ketat.


Patutnye semua negeri kena wat mcm ni

Saturday, December 19, 2009

Status Facebook

Kretif gler mamat2 ni mengenakan org..haha



Friday, December 18, 2009

Selamat tahun Baru Islam

Kebaikan Membaca Doa Awal n Akhir tahun

Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.

Sesiapa yang membaca doa akhir tahun, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

dan Sesiapa yang membaca doa awal tahun, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

Besarkan kebaikannya, tp walaupun setan dah kata tak nak goda, kalau solat tak jaga tak guna kita baca. Sebab sepanjang aku idup, aku perasan 1 perkara ni, manusia, termasuk aku sendiri la, pentingkan perkara sunat tp slalu lalai bab2 yg wajib. Dan sebab tu la sempena tahun baru ni gak aku n membe ak da pasang 1 azam besar...jeng3...

Rule no 1- Don't pray late/ jgn lewatkan solat
Doakan kami lakukan brjaya sepanjang tahun ni..

p/s: semlm 1st time aku baca doa ni dua org je dlm bilik, pas main PES, ngatkan nk g masjid tp ujan lak


Friday, October 30, 2009

Wuduk, zikir 'ubat' mujarab kawal kemarahan

Oleh Mohd Shukri Hanapi

MARAH salah satu daripada sifat mazmumah (tercela) yang dibenci Allah dan Rasul. Marah akan menimbulkan sifat keji lain, seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh. Ja'far bin Muhammad berkata: "Marah itu kunci segala kesalahan (kekejian)."

Justeru, Rasulullah menganjurkan umatnya jangan marah. Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa ada seorang lelaki berkata kepada Rasulullah: "Berpesan kepadaku!. Baginda berkata: Jangan marah. Orang itu mengulangi lagi beberapa kali minta supaya dipesan. Namun Baginda masih tetap berkata: Jangan marah!" (Riwayat al−Bukhari).

Marah adalah salah satu sifat semula jadi manusia. Biasanya ia berpunca daripada tekanan perasaan, akibat dizalimi, dianiaya dan diperkecilkan. Marah adalah senjata kepada manusia. Ia boleh membawa kebaikan dan kebinasaan. Jelasnya sifat marah boleh menjadi penyakit yang merosakkan keamanan dan keharmonian hidup.

Pada peringkat permulaan, sifat marah bukan penyakit, cuma luahan seseorang dalam bentuk tindakan dan tingkah laku. Ia adalah akibat daripada sesuatu sebab atau kesan yang kalau tidak berbuat demikian, kita berasa tidak selesa dan resah gelisah.

Sifat marah sudah mula bertapak di hati, jika tidak dibendung lama kelamaan akan memakan diri sendiri. Ia juga akan membawa padah kepada orang yang kita sayangi dan hormati, serta membawa keburukan serta kemudaratan kepada sekeliling kita.

Bagi membendung dan mengubati penyakit marah, Islam mengajarkan kepada kita satu ubat terbaik iaitu menahan diri tatkala marah dan sabar ketika hawa nafsu meluap−luap.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Sesungguhnya marah adalah secebis api yang dinyalakan dalam hati. Tidakkah engkau melihat kepada kedua−dua matanya yang merah dan urat−urat lehernya yang mengelembung? Maka apabila salah seorang daripada kamu berasakan sesuatu dari yang demikian, maka rapatkan diri kamu ke muka bumi (duduk menenangkan diri atau sujud kepada Allah)." (Riwayat al−Tirmizi)

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan oleh syaitan. Syaitan dijadikan daripada api oleh itu ingatlah bahawa api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu sedang marah, sebaiknya dia hendaklah segera berwuduk, kerana air yang disapukan di anggota wuduk bukan saja dapat menjauhkan diri daripada godaan dan hasutan syaitan, malah ia juga dapat menyejukkan muka dan anggota badan kita yang sedang panas akibat marah.

Rasulullah bersabda bermaksud: "Apabila seseorang daripada kamu marah, maka hendaklah ia mengambil wuduk. Maka sesungguhnya marah itu daripada secebis api." (Riwayat Abu Daud).

Nabi Muhammad SAW menasihatkan kepada orang yang sedang marah supaya mengambil wuduk. Di samping itu, perbanyakkan zikir kepada Allah dapat menghapus dan memadamkan api kemarahannya yang sedang meluap−luap. Islam mengajar umatnya mengambil berat hubungan murni antara suami dan isteri, anak dengan ibu bapa dan antara adik beradik. Ia adalah teras penting kehidupan sesebuah keluarga.

Allah berfirman bermaksud: "Dan Tuhanmu (Allah) perintah, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada−Nya semata−mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua−duanya sekali sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaan, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan 'uh', dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan mulia (yang bersopan−santun)." (Surah al−Israk ayat 23).

Keluarga bahagia memang menjadi idaman kita. Namun, sepanjang hidup bersama ada ketikanya suami marah terhadap isteri dan anak dan begitulah sebaliknya. Kemarahan itu mungkin berkaitan dengan disiplin dalam rumah, tingkah laku anak, kewangan, makanan dan pelbagai perkara berkaitan hal ehwal rumah tangga. Tidak kurang juga sifat marah yang timbul sesama kita, lebih−lebih lagi jika tiada persefahaman dalam sesuatu perkara. Satu pihak mula marah dengan pihak lain dan seterusnya mula timbul tuduh menuduh dan berprasangka buruk sesama sendiri. Inilah yang sering timbul apabila sifat marah sudah mula menular di dalam jiwa.

Marah boleh merosak dan mengakibatkan kemusnahan jika tidak dikawal dengan hati yang rasional dan fikiran tenang. Orang yang dapat menahan dirinya daripada dikuasai sifat marah akan mendapat ganjaran setimpal dengan usahanya. Rasulullah bersabda bermaksud: "Janganlah kamu marah dan bagi kamu balasan syurga." (Riwayat al−Bukhari)

Dalam menangani sifat marah, kita sebagai umat Islam harus bertoleransi dan persefahaman antara sesama manusia. Hindarkan sebab atau punca yang boleh menyebabkan orang lain memarahi kita.

Sekiranya kita yang dimarahi janganlah pula kita mengeruhkan keadaan. Kita juga harus memainkan peranan untuk memadamkan api kemarahan itu. Hadapilah orang yang sedang marah dengan tenang dan bantulah dirinya mencari punca kemarahannya.

Bagi orang sering marah, renung dan hayatilah firman Allah bermaksud: "Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang yang menjauhi dosa besar serta perbuatan keji; dan apabila mereka marah (disebabkan perbuatan yang tidak patut terhadap mereka), mereka memaafkannya." (Surah al−Syura ayat 37).

Rasulullah marah apabila hukum Allah dilanggar dan dipermainkan, tetapi harus ingat bahawa marah bukan marah yang mengikut hawa nafsu, melepaskan geram dan melayangkan kaki tangan sehingga memukul sebaliknya ia mestilah bertujuan mendidik untuk menunjukkan ketidaksenangan kita terhadap perbuatan maksiat itu. Inilah cara Islam mengarahkan sifat marah yang semula jadi pada diri manusia, supaya ia membawa kebaikan kepada manusia dan bukan membawa kebinasaan.

Ingatlah marah adalah senjata. Ia boleh membawa manfaat dan ia juga boleh membawa mudarat. Orang pandai dan kuat, adalah orang yang dapat mengawal kemarahannya agar ia membawa manfaat, bukan mudarat.

Sunday, October 11, 2009

Ujian deria

Click sini

Friday, September 18, 2009

Selamat Menyambut Aidilfitri

Cpat benor masa berlalu,.. pejam celik2 dah nk raya.. amalan bln ramadhan da la xbyk.hhuhu

Sempena aidilfitri ni, bg sape2 yg mengenali diri ni atau yg baca blog ni, sy ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. mohon maaf jika ada perlakuan, pertuturan atau kandungan dlm blog sy ada mengguris prasaan...




Tuesday, September 15, 2009

Seni Jari

Merak



Pemain piano

Ayam


Berkanu



Angkat Berat



Bola


Goalkeeper n Player ngah tanduk bola



Lumba lari


konduktor musik

Monday, September 14, 2009

Iklan Norton

Agak kretif n klakar


Thursday, September 10, 2009

Laman web kesan Hp melalui GPS


Cuba korang masukkan no tepon membe atau sndiri punya kat web ni... hasilnya amat mengejutkan

http://www.themobiletracker.com/english/index.html

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran

Kisah Rasulullah S.A.W sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

Kalau orang kita : Nak tampal sendiri- jangan harap.Suruh bini jahitkan dan kalau bini pun tak pandai jahit - hantar kedai, silap-silap simpan jer dalam almari untuk dibuang.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

Kalau orang kita: Membebel sambil buka astro atau baca surat khabar menunggu bini masak.

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'

Kalau orang kita : Balik masjid lepak-lepak dulu di warung kopi sambil cerita politik.

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
Khumaira?' (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan' )
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.

Kalau orang kita : Start motor/kereta terus minum kat kedai pekena roti canai.

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa engkau memukul isterimu?' Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu? '

Kalau orang kita: Degil eh? Nah amik kau dish dish..


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Kalau orang kita : Semakin ada pangkat mula nak cari perempuan lain, bini kat rumah dah mula nak lupa.

7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.

Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah.. .mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'

Kalau orang kita : Lagi tinggi pangkat lagi power, cakap jer nak makan apa.

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.

Kalau orang kita : Sure geli dan tak lalu makan.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

Kalau orang kita: Pijak kepala lembu

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

Kalau orang kita : Lagi berkuasa makin lupa Allah. Kalau dulu tak pandai pergi disko kini dah pandai, kalau dulu tak pandai main golf sekarang sarapan pun kat tepi padang golf.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

Kalau orang kita: Konon dia seorang yang alim . Syurga belum confirm tetapi pandai menggelar orang lain sesat dan ahli neraka.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Kalau orang kita : Lupa diri adalah hamba.

Tingginya darjat Rasullullah SAW, kisah ini sebagai renungan sahaja memang tidak boleh dibandingkan kita ni umat Baginda berbanding dengan Rasulullah SAW sendiri tapi cuba sama-sama muhasabah diri kita.

Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKAN LAH PESANKU WALAUPUN SEPO
TONG AYAT.

Saturday, September 5, 2009

Mouse n Leopard

P/S: Gambar ni besar sgt, xmuat skrin, nk tgk penuh click pd gambar n zoom.. enjoy

Sudoku Works 3.0.125


Khas utk Peminat2 puzzle

DOWNLOAD

Sunday, August 30, 2009

Jadi gemuk kerana banyak hutang

KUALA LUMPUR - Mereka yang banyak hutang mempunyai risiko lebih tinggi untuk mengalami obesiti, demikian menurut hasil kajian dari Jerman baru-baru ini.

Kajian sekumpulan pensyarah Universiti Mainz, Jerman yang diketuai Eva Muenster itu mendapati, golongan yang banyak hutang mempunyai potensi dua kali ganda untuk gemuk berbanding mereka yang dapat menguruskan kewangan dengan berhemah.

Penemuan yang dilaporkan oleh agensi berita Reuters semalam itu menarik perhatian kepada fenomena di negara-negara Kesatuan Eropah serta Amerika Syarikat yang kini mempunyai semakin ramai rakyat yang banyak berhutang dan mendedahkan mereka kepada risiko obesiti.

Menurut kajian itu, walaupun status sosioekonomi jelas mempunyai kaitan dengan kesihatan, ia tidak pula mengaitkan seseorang dengan tabiat berhutang.

Untuk menyiasat bagaimana hutang memberi kesan kepada kesihatan, para penyelidik telah membandingkan data yang diperoleh daripada 949 orang yang menerima kaunseling akibat kes hutang kronik dengan satu kumpulan 8,318 orang lain yang dikategorikan tidak banyak hutang.

Sunday, August 16, 2009

Mouse pelik

1. Mogo Mouse



2. EzKey Keypad Mouse


3. Tablet Mouse


4. MUS2 Mouse


5. Heart Mouse


6. USB Mouse Mouse


7. Screaming Mouse


8. GUN Mouse


9. Mogo Mouse

Wednesday, August 12, 2009

Does God Exist?

Sunday, July 26, 2009

Quran 600 tahun




Al-Quran ini telah disimpan lebih kurang 600 tahun lamaya. Ia dtulis lengkap 30 juzu' di atas kayu menggunakan dakwat berwarna emas dan mempunyai panjang 1 meter an kelebaran 1 meter. Beratnya adalah 30 kg. Ia merupakan warisan daripada Wali Songo.





Al- Quran ini pula ditulis di atas daun dan diikat bersama menjadi sebuah kitab. Ia dimiliki oleh Imam Hajj Abdul Aziz @ Mujib Berahim.

Sumber: Authentic Quran

Saturday, July 25, 2009

How to Do Everything | Adobe Photoshop CS4

How to Do Everything | Adobe Photoshop CS4
Published by: McGraw-Hill | eBook Publish Date: April 21, 2009
Print ISBN: 007160522

Downlload

Friday, July 24, 2009

Cara Bersangka Baik

Perasaan hasad,dengki,ujub dan riyak adalah perasaan kotor yang ada di dalam hati manusia kecuali Rasulullah SAW yang telah dicuci hatinya semasa peristiwa Israk dan Mikraj.

Berikut adalah tips dari Syeikh Abdulkadir Al Jailani untuk sentiasa bersangka baik sesama insan.

Jika engkau bertemu dengan seseorang, maka yakinilah bahawa dia lebih baik darimu. Ucapkan dalam hatimu :
"Mungkin kedudukannya di sisi Allah jauh lebih baik dan lebih tinggi dariku".

Jika bertemu anak kecil, maka ucapkanlah (dalam hatimu) :
"Anak ini belum bermaksiat kepada Allah, sedangkan diriku telah banyak bermaksiat kepadaNya. Tentu anak ini jauh lebih baik dariku"..

Jika bertemu orang tua, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Dia telah beribadah kepada Allah jauh lebih lama dariku, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang berilmu, maka ucapkanlah (dalam hatimu):
"Orang ini memperoleh kurnia yang tidak akan kuperolehi, mencapai kedudukan yang tidak akan pernah kucapai, mengetahui apa yang tidak kuketahui dan dia mengamalkan ilmunya, tentu dia lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan seorang yang bodoh, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia bodoh (tidak tahu), sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya.
Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku."

Jika bertemu dengan orang kafir, maka katakanlah (dalam hatimu) :
"Aku tidak tahu bagaimana keadaannya kelak, mungkin di akhir usianya dia memeluk Islam dan beramal soleh. Dan mungkin boleh jadi di akhir usia diriku kufur dan berbuat buruk.

Wednesday, July 8, 2009

Pembuka Pintu Rezeki

Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada)

-Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

-Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

-Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

-Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)
Wassalam.


P/s:- Sama2 kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita ? ALFATIHAH UNTUK MEREKA YANG TELAH TIADA..

Sunday, May 3, 2009

SWine Flu Game

Enjoy the game..

heyzap.com - embed games

Saturday, May 2, 2009

PAPA BACAKAN KUAT2 YA (utk korang baca sblm korang jd papa)

Malam itu saya benar-benar sibuk. Selepas solat Isyak Dan menikmati
Hidangan, saya terus ke meja tulis, mahu menyiapkan kertas kerja yang
Akan
Saya bentangkan pada mesyuarat tiga Hari akan datang.

Baru nak mula, anak tunggal saya Serena 6, tiba-tiba datang menghampiri.
Dan membawa sebuah buku. Saya kerling nampak dia tersengih-sengih manja.
Begitulah dia, kalau Ada sesuatu yang dimahukannya, dia akan bersikap
Terlalu manja.



"Papa? Bacakan buku cerita in. Bagus tau! Cerita pari-pari, Ina nak
Dengar,"
Kata Serena menghulurkan buku bergambar itu pada saya. "Buku baru ya?"
Saya
Bertanya berbasa basi tanpa menoleh, sekadar melayan.

Serena mengangguk lantas memberitahu buku itu dibelinya pagi tadi.

"Papa sibuk, lain kali boleh tak?" saya memujuk. Serena memuncung,
Memperjelaskan rasa kecewanya, tapi saya benar-benar sibuk. "Bolehlah
Papa?..sekejap saja. Ceritanya sedap?." Rengek Serena enggan mengalah.

" Kan papa kata sibuk! Suruh mama baca?.." "Mama basuh pinggan. Alaaa?
Bacalah, papa!" Serena merengek sambil menghentak-hentak kakinya ke
Lantai.
Nyata dia tidak mahu mengalah.

"BUDAK INI?..!!!" Tak reti bahasa ke. Pergi sana !!!!" saya jerkah
Permata
Hati saya itu. Serena panik. Dia terperanjat sungguh kerana tidak
Menyangka
Saya bertindak sejauh itu. Nampak jelas matanya sedikit berkaca, lalu
Dia
Beredar sayu.

Dalam nada sebak, dengan muka yang sebek, Serena beredar sambil menoleh
Ke
Arah saya. Dalam suara tersekat-sekat dia bersuara, "Nanti papa bacakan
Kuat-kuat cerita ini kat Ina, ya papa!"

Saya hanya memandang tajam ke arahnya. Sebaik tiba di pintu bilik dia
Menjeling saya, kali ini saya mengangguk. Masa terus berlalu, seminggu,
Dua
Minggu namun kesibukan saya semakin bertambah. Setiap kali pulang,
Serena
Tidak merengek minta dibaca cerita pari-pari itu, namun tangannya tak
Lepas
Memegang buku itu. Mungkin juga dia faham saya terlalu sibuk.

Pada minggu berikutnya sedang saya, isteri Dan Serena menikmati sarapan
Bersama, saya perhatikan buku itu masih dipegangnya.

"Mama dah baca, seronok papa," kata Serena. Saya mengangguk sambil
Tersenyum. "Bila papa nak bacakan?" tiba-tiba Serena bertanya. "Mama dah
Bacakan, okeylah TU!" Nampak wajahnya terkuncam.. Saya terus menyuap
Makanan.
"Mama baca perlahan. Nanti papa bacakan kuat-kuat ya! Katanya.

Saya mengangguk.

Selesai makan saya mencapai akhbar. Lembar demi lembar saya tatapi.
Tidak terfikir untuk menunaikan impian Serena. Tiba-tiba terdengar bunyi
Suatu dentuman yang cukup kuat di luar. Konsentrasi saya cuma terganggu
Seketika, sebelum kembali memusatkan perhatian ke dada akhbar.

Tiba-tiba pintu pagar rumah digegar, saya segera menjenguk. Jiran-jiran
Mengatakan Serena dilanggar kereta. Saya panik, sempat berfikir, bila
Pulak
Dia keluar? Tadi Ada kat dapur. Saya memekik memanggil isteri sebelum
Meluru
Ke lokasi kemalangan. Sungguh kabar itu benar, Serena terkulai diribaan
Seorang jiran yang sedang memberi bantuan. Saya terus pangku anak saya,
Masuk ke kereta jiran yang sedia memecut ke hospital.

Darah membasahi pakaian Serena. Nafasnya sesak. Isteri meraung sekuat
Hatinya.

"Ina?! Ina?..! Inaaaaaaa!!! " saya memanggil-manggil perlahan namanya
Dipangkal telinga Serena yang berada dalam pangkuan. Tatkala itu
Nafasnya
Tersekat-sekat. "Papa? Mama..Ina takut. Ina sayang papa, Ina sayang
Mama,
Ina tak nak mati!" bersuara Serena antara dengar Dan tidak sambil
Membuka
Matanya yang dipenuhi darah, saya kesat darah itu dengan tisu. Namun
Sekadar
Cuma. Darah kembali memenuhi wajahnya. Tangisan kuat isteri saya
Membuatkan
Jiran yang memandu terus memecut. Di hospital, Serena di tempatkan di
Bilik
ICU ekoran keparahan kecederaannya.

Masuk Hari kedua, keadaan Serena tak berubah. Dia masih tidak sedarkan
Diri
Dan terpaksa bernafas menggunakan respirator.

Itulah saatnya saya merasa cukup bersalah. Lalu petang itu, saya bacakan
Cerita pari-pari dalam suara yang kuat tetapi tersekat-sekat di sisi
Katil
Serena. Semakin kuat saya membaca, semakin merumbai air Mata.

Kekesalan berlabuh, tapi segalanya telah musnah. Mungkin Serena tidak
Dapat
Mendengar jalan cerita yang sangat diminatinya itu. Keesokan harinya,
Saya
Bacakan sekali lagi, masih dalam nada suara yang kuat.

Kemudian setiap Hari saya bacakan cerita itu ditelinga Serena, sementara
Isteri saya tak henti-henti menangis. Dia mungkin terlalu marah Dan
Kesal
Dengan tindakan saya terhadap Serena sejak seminggu yang lalu.

Masuk Hari ketujuh, sebaik saya mula membaca, Serena tiba-tiba membuka
Matanya perlahan-lahan. Saya nampak terlalu sukar untuk dia melakukan.

Bacaan saya terhenti, Air Mata merembes Dan saya usap-usap kepalanya.
Beberapa ketika kemudian, Serena memejamkan semula matanya, pejam untuk
selama-lamanya. Saya seperti terdengar suara Serena mengucapkan terima
kasih
kerana membacakan cerita itu padanya.

"Papa?? nanti bacakan cerita ini kuat-kuat pada Ina ya?" kata-kata
Serena
masih terngiang-ngiang di telinga saya sehingga ke hari ini, walau
setahun
berlalu.

Hingga kini saya tertanya-tanya, apakah sedikit perhatian yang
diperlukan
oleh seorang anak terlalu mahal untuk diberikan oleh seorang lelaki yang
bergelar ayah? Saya tidak dapat menjawap, selain air mata yang tumpah.

Friday, May 1, 2009

THE BEST PICTURES OF EARTH: Reader Picks of NASA Shots

Twin Blue Marbles (October 9, 2007) As beautifully simple as they may appear, the above images of Earth took an armada of NASA instruments and artists to compile.

Factoring in readings of polar sea ice, city lights, radar-based topography, and the light reflected off the planet's myriad surfaces, the above "Blue Marble" images show Earth from both sides in all its colorful glory.

STEREO's First View of the Sun (January 3, 2007)

Loops of highly charged particles shoot out from the sun's roiling surface, as seen in ultraviolet by the twin STEREO spacecraft.

The sun's surface regularly pumps out these coronal mass ejections--explosions caused by magnetic stress in the sun's atmosphere, which is shown above at roughly a million Kelvin (1.8 million degrees Fahrenheit). Solar flares surge into space with each eruption, causing auroras on Earth and disrupting communications and radio systems.

The active region at the base of each blast can be seen from Earth as sunspots, but the ultraviolet loops can only be observed from space.

Earth's City Lights (October 23, 2000)
Twinkle, twinkle, little cities. A spacecraft originally designed to look at clouds by moonlight was employed to make this view of Earth's artificial lighting.

Showing urbanization rather than population, this light data has been used by NASA scientists to analyze urban sprawl and the technological advancement of the world's cities.

The United States interstate highway system can be seen as a fine lattice, while the Nile River is a bright thread, thanks to the cities on its shores.

The image also reveals Western Europe "out-glowing" China, the Trans-Siberian Railroad stretching across Asia, and the bright arc of Japan hovering above a mostly dark Australia.

Agricultural Patterns (May 30, 2006)

Like patchwork quilts, satellite views of farming patterns around the world form the above montage of images taken by the Terra satellite.

At top-left, a regular grid pattern suggests that agriculture was shaped by 19th-century surveying in Minnesota. Meanwhile, center-pivot irrigation in Kansas is responsible for the circles visible in the second image. A well in the middle of each field serves as a pivot point for wheeled, spraying watering machines.

In the top-right image of northwest Germany, small and disorganized fields can be traced back to the less-planned farming of the Middle Ages.

Curious pie-shaped fields in the lower-left image are the result of a planned settlement near Santa Cruz, Bolivia. At the center of each field is a village, while a buffer of rain forest separates each community.

In Thailand, at bottom-center, rice paddies just outside Bangkok form skinny slices. The purple fields are flooded, a normal part of rice's life cycle.

At bottom-right, Brazil's woodland-savanna cerrado contains massive farms, a by-product of the flat land's inexpensive price.
Sunspots at Solar Maximum and Minimum (March 20, 2009)

It's been quiet lately on the sun, as seen in the two right-hand images. The normally stormy star is in a period of solar minimum, with fewer sunspots in 2008 than have been observed since 1957. But nine years ago the sun was vomiting intense magnetic activity and solar flares, as seen in the left-hand solar maximum images.

The top row of images depicts the sun as observed in visible light by the SOHO spacecraft, while the bottom row uses the same craft's Extreme Ultraviolet Imaging Telescope to capture solar flares.

Severe space weather, such as that shown in the left-hand images, poses a threat to humans' high-tech infrastructure, damaging electronic and electrical equipment.

Earth, as Seen From Saturn (January 16, 2007)
April 28, 2009--They're the best of Earth, as judged by Earthlings. NASA's Earth Observatory today announced the ten most popular pictures of our home planet from its Image of the Day catalog, the culmination of a user-voted contest marking the tenth anniversary of the observatory's Web site.

Providing many a computer wallpaper for space-savvy Internet users, the daily-updated site showcases images from NASA missions that collect information about Earth.

The most popular image was captured by instruments aboard the Cassini spacecraft and digitally composited by NASA illustrators to show Saturn and its rings--and a tiny, dot-size Earth, seen from almost a billion miles (more than a billion kilometers) away.

At the precise moment shown, Saturn was positioned between Cassini and the sun, so that the probe's cameras didn't have to contend with the star's intense glare. In addition to revealing Earth in the distance, being in Saturn's shadow helped the satellite spy previously unseen faint rings around the gas giant.

Ocean Sand, Bahamas (September 13, 2002)

Though viewers would be forgiven for thinking the above picture a work of abstract art, the image is actually a photograph captured by the Earth-orbiting Landsat 7 satellite.

Ocean currents in the Bahamas made the sand-and-seaweed sculpture in much the same way that winds create sand dunes in the Sahara.

Atafu Atoll, Tokelau, Southern Pacific Ocean (April 6, 2009)
A tiny atoll, part of a New Zealand territory, is seen as photographed from the International Space Station by an astronaut.

The Atafu Atoll is one of four atolls and islands that are part of the Tokelau Islands. Geology suggests that a volcanic island created the atoll. Coral reefs likely formed around the volcano, which then eroded beneath the water, leaving a ring of sand and reefs.

Atafu's main village can be seen to the left as a collection of small grey dots. Around 500 people responded to a 2006 census of the atoll

The Southern Lights (January 25, 2006)


The aurora australis, or southern lights, glimmer green over Antarctica in the picture above.

Four days after a massive solar flare, NASA researchers obtained readings from the now-defunct IMAGE satellite, which monitored Earth's magnetic field.

Overlaying the data onto a "Blue Marble" satellite photograph of Earth resulted in both the image above and an animation of the solar storm's effects on Earth's atmosphere.

Tuesday, April 28, 2009

Swine flu

27 April 2009

A novel strain of H1N1 swine influenza virus has now also been isolated from cases of respiratory disease in Mexico City, New York City, and two locations in Canada. Clearly I was
wrong in hypothesizing that the five mild cases in Texas and California reported last week were not a cause for alarm.

In Mexico City there have been over 1,000 cases of respiratory illness, with 86 fatalities. The influenza virus isolated from these individuals is similar to the H1N1 virus found in the American children last week. This virus has caused four cases of influenza in Nova Scotia, and two in British Columbia, Canada. It has also been isolated in Kansas and New York City. All American and Canadian infections have so far been mild.

There isn’t much information yet available about the genetic and antigenic composition of the virus, but CDC has said that it contains genetic material from North American swine and avian influenza viruses, human influenza virus, and swine influenza viruses found in Asia and Europe. The specific combination of viral RNA segments has not been observed previously.

The extent of spread of the swine virus has sent news organizations, governments, and health agencies into a full-tilt pandemic preparedness mode. It’s certainly advisable to be cautious when dealing with a potentially lethal virus, but is it likely that this is the next pandemic strain?

The influenza season is nearly over in the northern hemisphere - it usually does not continue beyond May. Increasing temperature and humidity are likely to curtail transmission of the virus very rapidly. The same virus could return in the fall, but by then a vaccine could be produced and distributed.

The southern hemisphere is another story - the influenza season there is just starting. It is certainly possible that this swine virus might cause extensive epidemics.

Remember that the virus that is scaring everyone is of the H1 subtype. One of the currently circulating human influenza viruses is also of the H1 subtype - the human H1N1 virus. Although the swine H1N1 virus is antigenically different from the human H1N1 virus, it is possible that those who have been infected with the human strain could be partially protected from the swine strain. Such individuals might experience less severe disease than those with no immunological memory of an H1 virus. I have not seen immunological data that would allow assessment of this possibility.

Pandemic influenza has always been a consequence of viruses of a new subtype - for example the 1968 pandemic was caused by a virus of the H3N2 subtype, which replaced the H2N2 virus. The swine virus is of the same subtype as the currently circulating human H1N1 strain. Of course, if the swine H1 HA protein is sufficiently different from the human H1 HA protein it could lead to a pandemic despite being of the same subtype.

Infection of a Spanish woman with a swine H1N1 virus was reported in February of 2009. That virus appears to be phylogenetically close to European swine influenza viruses. Such infections have been reported from time to time, and most likely represent dead-end transmission of a pig virus to a human. The H1N1 swine influenza virus circulating in the Americas has acquired the ability to be transmitted among humans. Within the next few weeks we should learn whether it has the capability of spreading throughout the entire southern hemisphere.

Van Reeth, K, & Nicoll, A (2009). A human case of swine influenza virus infection in Europe - Implications for human health and research Eurosurveillance, 14 (7), 19124-19125


From: Virology Blog

Monday, April 27, 2009

Babi Oh Babi...

Selesema babi cetus kebimbangan global


HONG KONG - Pegawai-pegawai kesihatan di Asia berada dalam keadaan berjaga-jaga semalam ketika penyakit selesema babi yang membunuh puluhan orang di Mexico kini menular ke New Zealand sekali gus meningkatkan risiko berlakunya wabak global.

Kerajaan rantau Asia yang pernah bergelut dengan wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) dan selesema burung, meningkatkan pengawasan di lapangan-lapangan terbang dan menggesa orang ramai supaya berwaspada.

Langkah itu susulan pengumuman Menteri Kesihatan New Zealand, Tony Ryall semalam bahawa 10 pelajar negara itu yang baru-baru ini melawat Mexico dijangkiti selesema babi.

"Saya dimaklumkan oleh pegawai-pegawai kesihatan bahawa mereka disyaki menghidap selesema babi," katanya.

Menurutnya, sampel darah semua pelajar itu sudah dihantar ke makmal Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) di Melbourne bagi mendapatkan kepastian.

Sementara itu, pegawai-pegawai Mexico memberitahu, angka kematian akibat wabak baru itu meningkat kepada 81 orang di mana 10 daripada mereka dipercayai dijangkiti di Amerika Syarikat, dua di Perancis dan seorang di Israel.

Penularan cepat itu dipercayai berpunca daripada perjalanan udara di peringkat antarabangsa.


Kelmarin, WHO memberi amaran virus selesema babi berpotensi merebak menjadi pandemik dan melabel wabak semasa sebagai cemas dan mencetuskan kebimbangan antarabangsa.

Di Jepun, pihak berkuasa mengetatkan pemeriksaan terhadap para penumpang dari Mexico dengan mereka diberi topeng muka dan menjalani imbasan termal bagi memastikan sama ada mereka mengalami demam.

"Jepun perlu memastikan penyakit itu tidak merebak ke dalam negara ini," kata Perdana Menteri Taro Aso.

Kawalan ketat turut dilaksanakan di Hong Kong, Indonesia dan Thailand.

Penghidap penyakit yang dipercayai berpunca daripada jenis terbaru virus H1N1 itu akan mengalami demam, sakit tekak, batuk, sakit sendi yang diikuti dengan jangkitan paru-paru.

Setakat ini ubat untuk selesema burung Tamiflu dikatakan berkesan merawat penyakit maut itu. - AFP


Sumber : KOSMO Online

Sunday, April 26, 2009

Top 10 Bizarre Mating Animal Mating Rituals

No. 10 - Hippo Mating Ritual
The male hippo attracts a female by using his tail to spray her with his feces.

No. 09 - Flatworm Mating Ritual
Because they are hermaphrodites, flatworms duke it out with their penises to decide which one will be the woman.


No. 08 - Midge Mating Ritual
In certain midges, intercourse appears to include kissing, but it is in fact the female sucking out the male's bodily fluids. Romantic, huh?

No. 07 - Angler Fish Mating Ritual
The male anglerfish latches onto the female like a parasite, living off her food and fertilizing her when she's ready to lay egg

No. 06 - Cichlid Fish Mating Ritual
Cichlid fish eggs are fertilized by the male while they're being carried in the female's mouth.


No. 04 - Red-Side Garter Snake Mating Ritual
During the mating season, the red-side garter snake will engage in a massive orgy, with one female taking on hundreds of partners.

No. 03 - Bedbug Mating Ritual
The female bedbug mates by getting jabbed in the abdomen by the male's penis.


No. 02 - Porcupine Mating Ritual
The male porcupine showers the female with a long stream of urine before mating.

No. 01 - Octopus Mating Ritua
The male octopus's penis breaks off during mating, but don't worry, it will grow back the following season.

Friday, April 24, 2009

Chicken a la Carte

This film is about the hunger and poverty brought about by Globalization. There are 10,000 people dying everyday due to hunger and malnutrition. This short film shows a forgotten portion of the society. The people who live on the refuse of men to survive. What is inspiring is the hope and spirituality that never left this people.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Topup2u