Thursday, December 24, 2009

Facebook punca cerai

Sumber: Metro

SYDNEY: Bagi kebanyakan pasangan, laman sosial Internet seperti Facebook adalah cara untuk mengekalkan hubungan dengan rakan.

Namun, kesan negatifnya semakin disedari dengan dakwaan terbaru menyatakan laman itu menjadi punca meningkatnya jumlah perceraian.

Menurut sebuah syarikat guaman, hampir satu daripada lima tuntutan cerai yang diuruskannya menyebut Facebook sebagai satu daripada punca.

Pengarah Urusan Divorce-Online, Mark Keenan berkata: “Saya terdengar kakitangan saya berkata, ramai orang yang bercakap mereka mengetahui kecurangan teman hidup mereka dalam Facebook.

“Saya mengambil keputusan untuk mencari bagaimana serius keadaan itu.

“Saya terkejut apabila mendapati 20 peratus daripada tuntutan cerai merujuk kepada Facebook.

“Alasan paling lumrah ialah pengguna laman itu bersembang mengenai seks dengan orang yang tidak berkenaan.”

Pengkritik berkata, laman sosial Internet menarik golongan lemah untuk berlaku curang terhadap teman mereka.

Suami atau isteri yang mengesyaki sesuatu, menggunakan laman itu untuk mencari bukti kecurangan pasangan mereka.

Pada masa sama, syarikat juga mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan dengan mengeluarkan perisian yang membolehkan pelanggan mengintip secara elektronik terhadap pasangan mereka. – Agensi


Aku da dengar lama da pasal hal facebook menghancurkan hubungan, tapi yg couple je la, aku xkesah sgt la kalo takat couple tu. Tp tak sangka lak org yg da kawin pon rosak gak disebabkan fb ni. Dah nama pon web sosial, kalo da terover sosial tu la jadinye. Jadi sape yg ada org istimewa tu beringat la ketika berfacebook, pandai2 la jaga perkataan yg korang taip tu. Ada sorg membe aku dulu sanggup delete fb dia pasal nk jaga hubungan. Nasib baik aku single, senang hidup ..hehe.. couple xbaik utk kesihatan n tiada dlm Islam (terkeluar tajuk skit.. (^_^))


4 comments:

Aliff Lazim said...

weh aku knal ke membe ko yg delete fb dia lpas couple? lalalalala~

Aku Budak Baik said...

haha..shhhhh

fariza mm said...

hahaha!! aku pon rase aku knal mmner ko yg delete fb tu faiq.. =P

Aku Budak Baik said...

haha. terkenal btul dia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...