Wednesday, March 27, 2013

Jangan Makan Lagi...

Assalamualaikum

Seorang hamba Allah ni setiap kali nak makan je mesti dia cakap

"Jangan makan lagi, nak tangkap gambar"

hahaha

Sepatutnya dia cakap

"Jangan makan lagi, doa dulu"



Tak kisah la  nak tangkap gambar ke nak buat apa, janji jangan lupa doa sebelum makan

Jom layan gambar-gambar makanan yang diabadikan sebelum makan di instagram.

Semua dari instagram membe2. Sori geng.. hehe



  




Friday, March 15, 2013

Pabila Ditimpa Bahaya

Assalamualaikum


Sepanjang kita hidup di bumi Allah ni, pasti ada saat kita merasa kesusahan, masalah ,bahaya dan musibah . 

Contoh paling mudah seorang pelajar, bila tiba waktu exam, dia mula mendekati masjid, berpuasa, banyak berdoa..

Bila exam tamat, dia mula merasa aman, amalan-amalan baik terus ditinggalkan. Akan bersambung 5 ke 6 bulan akan datang.

Allah Maha Mengetahui perangai hamba-Nya. Surah Yunus ayat 12

Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.


Namun apa yang kita tidak sedar, walau berkali-kali kita mengulangi perbuatan ini, Allah masih mengeluarkan kita dari segala musibah.

Betapa kasihnya Allah kepada kita

Ingatlah Allah diwaktu senang, Allah akan mengingati kita diwaktu susah




Tuesday, March 5, 2013

Nikmat Yang Kita Tidak Sedar..

Assalamualaikum



Pada 3 mac yang lalu, seorang sahabat telah menceritakan kisah mengenai rakan sesekolah.

Rakanku ini mempunyai penyakit Diabetes genetik, maknanya bukan sebab dia kuat makan, tapi memang diwarisi dari ayahnya. Disebabkan penyakit ni, 2-3 tahun lepas dia hilang penglihatan. Sewaktu pergi melawatnya dulu (raya 2011) terasa syahdu je hati, orang muda yang sebaya tapi buta. Tak mampu belajar dan bekerja.

Dalam 2 bulan yang lepas, Diabetes tu telah menyebabkan ginjalnya rosak. Kini dia perlu menjalani dialisis seminggu sekali dengan kos RM1200 sebulan.

Ayahnya dan abang sulung telah meninggal dunia. Ibunya hanya bekerja sebagai pengasuh kanak-kanak dengan pendapatan bulanan 700-800 sebulan.


Mendengar kisah menyedarkan diri ini, betapa besarnya segala nikmat yang Allah telah berikan selama ini.

Melihat

Badan Yang Sihat

Wang yang ckup

Belajar

Bekerja

Alhamdulillah... 


Kepada yang ingin menghulurkan bantuan

0615-0061313-52-0 
mohd hafiz bin azmi

Sila sms  0139279172 etelah anda menghulurkan bantuan
Bantuan anda amat dihargai..


Info mengenai Diabetes





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Topup2u