Assalamualaikum , Segala puji bagi Allah dan selawat dan salam kepada Rasulullah
S.A.W, tanggal 12 ogos 2010, terbaca 1 artikel kosmo, "Superbug". Apa tu?
Cari punya cari, rupanya superbug ni sejenis gen hasil dari mutasi bakteria, yang
mana gen ini secara rasminya menyebabkan bakteria tahan kepada kebanyakan
antibiotik yang ada dan jurnal daripada P DESHPANDE, mengatakan antibiotik yang
digunakan ketika tahap2 kritikal iaitu Carbapenem pon dah tidak berkesan. Kira gen
ni macam ilmu kebal diorg la. Gen ni dipanggil New Delhi-Metallo-1 berasal dari
India, terhasil kerana penggunaan antibiotik yang tidak betul dan tak terkawal,
menyebabkan bakteria bermutasi untuk memastikan diorang terus hidup. Gen ni dah
ditemui pada tahun lepas, tapi tak dihebahkan kepada orang ramai, sebab keadaan
masih terkawal.
Satu perkara yang bagus pasal bakteri ni diorg tak kedekut, pandai berkongsi-kongsi,
bukan macam manusia. Bila 1 bakteria dah ada gen ni, dia pun pas kat bakteria lain
walaupun berlainan jenis dan bila terjadinya aktiviti derma menderma ni makin
banyak la bakteria yang ada gen ni. Kerisauan sekarang ni adalah apa akan jadi bila
bakteria yang power2 dapat gen ni? Aku pun google la bakteria apa yang pernah
membuat dunia jadi kecoh dan perlukan antibiotik sebagai rawatan::
Mycobacterium leprae - +-250 000 org (2010) kena leprosi sebab dia, dan cara
rawatan Multidrug therapy- gabungan 3 jenis antibiotik. kalau dia ada gen ni......
Chlamydia trachomatis- berjangkit melalui sentuhan, menyebabakan buta mata,
setiap tahun 10 million buta di 56 negara, antibiotik diperlukan untuk
menghapuskan bakteria
Neisseria meningitidis, Haemophilus influenzae type B dan Streptococcus
pneumoniae - 3 penyebab utama meningitis, jangkitan bakteria kat otak.
Menyebabkan kematian. Antibiotik berkesan pada peringkat awal, lambat 2 3 jam
boleh menyebabkan kematian. Tambah gen baru, peringkat awal pun xberkesan la...
Yersinia pestis - penyebab BLACK DEATH yang menyebabkan +-60% populasi dunia
mati pada 1340. Berlaku outbreak pad 2005, maknanya bakteria ni masih ada. Sesuai
sbg biological weapon sbb kadar kematian yg tinggi, mati dan berjangkit dgn cepat.
Rawatan antibiotik...Tambah gen ni, bakteria ni mampu buat rekod baru
Bacillus anthracis - indestructible bacteria, sbb boleh bentuk spora yang dormant
bertahun2 lamanya, juga bleh wat biological weapon, kalau boleh jadi senjata
maknanya bahaya la. rawatan antibiotik, dia ni da la indestrctible, kalau dapat gen,
Invincible bacteria..
Kesimpulannya, mencegah lebih baik dari merawat, setiap penyakit dari
bakteria2 ni boleh dicegah, jaga la kebersihan elok2, dan berdoa moga2 gen ni tak
masuk Malaysia...