Saturday, December 29, 2012
Senyuman Itu
Wednesday, July 4, 2012
Balik Raya
Sunday, June 24, 2012
Bila Dah 24...
Thursday, April 12, 2012
Dah Nak Dekat Da....
12 April 2012, Bila baca status Maher Zain terus terlintas "Hah!! Bukan baru je ke lepas Ramadhan "
Sibuk countdown Euro 2012 yang takde kena mengena tak perasan pulak yang ada kena mengena dah nak tiba..
Cepat sungguh masa . Semoga Semua dipanjangkan umur untuk bertemu Ramadhan..
Wednesday, January 25, 2012
Khas Utk Alip
Friday, December 2, 2011
Ust Kazim Elias + Ust Azhar Idrus
Sunday, November 6, 2011
Tuesday, October 11, 2011
Pump Shell FuelSave 95

Wednesday, August 10, 2011
Meriahnya Ramadhan
Alhamdulillah, setelah 3 tahun setengah, akhirnya merasa juga berbuka puasa kat dua masjid besar putrajaya, masjid besi dan masjid putra. Dah lama niat nak pergi, tapi ada je hal yang menghalang. Terasa kemeriahan Ramadhan melihat manusia berpusu-pusu ke masjid. Gambar2 raw dari hp:
Thursday, July 7, 2011
FB Privacy

Baru start guna Android for FB. Bila dah sync android n FB, ada 1 folder baru nama FB Phonebook. Dalam folder ni, entah datang dari mana, ada nombor telefon 1/3 daripada friendlist aku di FB. Wow, dalam masa 1 minit lebih aku dapat +- 100 no telefon, siap dengan gambar profile. Macam tu je boleh dapat nombor orang??? Dahsyat kan teknologi..
Sebabkan hanya 1/3 je no phone yang ada, aku pun cek la dekat Fb kenapa ada 1/3 je? Rupa-rupanya 1/3 orang ni memang dia letak no telefon dia kat FB. Tegok contoh ni:
Daripada 1/3 orang tu, ramai jugak yang tak kenal sebab diorg add aku, aku tengok mutual friends atas 5 orang aku approve je, tak pernah tegur dan tak tahu siapa.
Mungkin ada orang saja tunjukkan no dia, tu tak kisah la hak masing-masing. Tapi bagi sesiapa tak nak tunjuk dan tak perasan yang dia dah tertunjuk, cuba la cek balik ye. Macam-macam orang boleh buat bila ada banyak info pasal kita, terutama yang jenis main add je ntah siapa-siapa. Layan video ni:
Monday, June 27, 2011
Alhamdulillah..
Minggu lepas banyak benda-benda baik yang jadi..
Yang paling menyeronokkan, beronok-ronok, setelah 5 bulan lebih berulang alik ke site, makmal dan menghabiskan barang-barang makmal, akhirnya dapat jugak isolate chytrid, sejenis kulat dalam group Chytridimycota (Dulu tak pernah dengar n belajar pun pasal group ni). Walaupun baru 40% siap, tapi ok la dari takda apa-apa. Aku ni lembab sikit dalam buat reseach ni, orang lain boleh buat dalam masa sebulan aku buat 5 bulan.


Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah..
P/S: 1 lagi, OMG!!OMG!! sepah menang.. baik punyeeeee...haha
Saturday, June 18, 2011
Chirping Cheetah
Kenal cheetah? Mesti kenal kan. Kucing liar yang paling cute (pandangan aku la, taste lain2), Binatang darat yang terpantas. Salah satu binatang yang diambang kepupusan sebab genetic diversity dah kurang. Tapi bukan nak post pasal tu (mentang2 belajar conservation =p). Hari tu tengok NatGeo wild terkejuz rupanya cheetah ni ada bunyi burung.. cute max!!! Ingatkan reti mengaum je..
Rasa nak peluk2 cheetah tu (berani ke?)
Ni seekor lagi kucing liar, Serval Cat
P/S: kucing2 yang aku jumpa setakat ni tak pernah plak buat bunyi macam tu, ke aku yg tak perasan, banyaknya benda yang tak tahu pasal alam ni.. huhu
Wednesday, June 8, 2011
Dalam Hati Ada Dunia
Of coz la si pendengar tu aku sendiri. Then teringat zaman sekolah dulu, ada kelas KKQ, Kelas Kemahiran Quran, aku selalu ponteng kelas ni, sebab kelas ni wat time PREP, ngantuk. Kalau pergi pun xfokus, xda sikit pun ilmu kelas tu yang lekat saat ni, rasa nyesal sangat2.. huhu. 1 je yang lekat, doa lepas abis belajar (excited nak balik sbb tu ingat):
"Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegangan dengannya, yaitu Kitabullah (Al Qur’an) dan sunnah Rasulullah Saw.(HR.Muslim)"
"Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (An Nahl:64)"
P/s: Azam baru, nak ingat balik apa yg telah lupa, mcm dalam doa tu
Sunday, May 29, 2011
Orang biasa atau Luar Biasa??
NAtural : "Angah pasni orang macam mana pulak??" tiada bunyi paksaan dalam soalan tersebut, semuanya terserah pada diri aku sendiri
Tak Nak Kalah: "Angah pasni awak cari orang lebih kaya dari abang awk tu" Ayat ni meminta aku jangan kalah pada abang aku dalam mencari pasangan
Mesti Kalah: "Angah cari orang biasa sudah la, jangan cari orang kaya2, susah" Ayat ni melarang sama sekali aku mengikut jejak langkah abang aku atas sebab2 tertentu.
Apapun, tak kisahlah macam mana status orangnya, orang biasa ke luar biasa, kahwin mewah ataupun kahwin free sekalipun, yang penting ikut sunnah nabi dengan melangsungkan perkahwinan. Dalam khutbah ijab kabul sebelum abang melafazkan akad, "Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah dan sesiapa tidak mengikutinya tidak tergolong dia dalam umat Rasulullah". Dah jodoh dia dengan orang senang. Dia pun buka calang-calang orang. Aku berdoa je la semoga mendapat jodoh. Amin


Monday, April 18, 2011
Tak Payah Baca Jawapan, Tengok Tulisan Dah Tau, Bo.....
Monday, March 21, 2011
Suatu Malam Yang Sunyi...
Peristiwa ini berlaku pada 20 Mac jam 3.30 pagi, maksudnya sebelum kul 12.01 mlm tu bertarikh 19 Mac. Aku pening skit tarikh waktu pagi ni.. haha..
Sambung cerita, bulan malam adalah supermoon, fenomena dimana bulan dekat dengan bumi berlaku pada 19 mac, saiz dia lebih besar dari biasa, nak tau lebih lanjut sila google. terkejuz aku tengok aritu, walaupun tak besar macam gambar-gambar kat bawah ni, tapi boleh perasan la saiz dia lain macam, terang dia pun lain, kebetulan pulak langit cerah..tanda kebesaran Allah



P/S: Jadi tak cerita seram aku?? haha
Nak Menang iPhone 4 tak??Klik sini
Sunday, March 13, 2011
Sampai Seru..


13 Mac pulak dapat berita sorang lagi lelaki batch aku SMKA TAHAP kahwin, tapi tak dapat pergi sebab tahu lambat. Dah beli tiket balik.. huhu
Alang-alang entry pasal kahwin ni, letak la sekali doa minta jodoh, doa yang diamalkan nabi Zakaria a.s


Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Al ‘Imran: 38).
Penjelasan:
Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga baik sekali dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang soleh.
Kedua ayat diatas merupakan doanya Nabi Zakaria A.S. agar diberi keturunan sebagai penerus perjuangannya menegakkan agama Allah.
Yang bawah ni pulak doa orang desperate..
Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah….
Tapi kalau bukan jodohku,
maka jodohkanlah…
Jika dia tidak sejodoh denganku,
maka jadikanlah kami jodoh…
Kalau dia bukan jodohku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selain aku…
Kalau dia tidak dapat dijodohkan denganku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku,
Dan semasa dia telah tidak memiliki jodoh,
Jodohkanlah kami kembali…
Kalau dia jodoh orang lain,
Putuskanlah, Jodohkanlah denganku..
Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
Biar orang itu bertemu jodoh dengan yang lain dan kemudian
Jodohkanlah kembali dia denganku…
P/S: bila seru aku nak sampai ni.. hehe
Nak Menang iPhone 4 tak??Klik sini
Friday, February 18, 2011
Internet dan dot dot dot..

Si A: "internet kat rumah x elok...emm, bosan sangat cuti hari tu...x tau nak buat ape...huhu=("
Si B: "tak guna,****,****** ukm (dicensor kerana terlalu banyak cacian)" habis maki bukak movie tgk sampai tido
Si C: "bosan siot takde internet" pastu balik bilik tidur sampai maghrib, nasib baik tak miss asar
Si D:"Napelah internet ukm ni teruk sangat, nak wat assigment n proposal pun susah (tapi time ada internet tak wat pun assigment n proposal)" pastu main game 29 jam sehari sambil buat2 lupa ada assignment n proposal yang perlu disiapkan
Ini la rungutan2 yang boleh didengari secara percuma bila internet takde, nampak sangat remaja sekarang ni terlalu bergantung pada internet kan, apa la nak jadi ngan diri sendiri.. huhu
Wednesday, February 9, 2011
Tok Linggi
Datuk Linggi atau nama sebenar Raja Ahmad al Linggi adalah seorang anak raja dr Kesultanan Johor Riau yang pernah ditabal sebagai Raja Johor Riau selepas kemangkatan ayahandanya, Paduka Sri Sultan Abd Jalil V. Disebabkan berlaku pertelingkahan kuasa di antara orang Melayu Riau dan orang Bugis, maka tersingkirnya Raja Ahmad dari Riau ke Tanah Melayu dan akhirnya menetap di Pahang.

P/S: tanpa nenek moyang kita tiadalah kita kat dunia ni.. ^_^
Friday, January 28, 2011
Rumput Oh Rumput

Apis : Cikgu, apa yang dikatakan sebagai Taqdir, Jodoh pertemuan dan perpisahan?
Cikgu : Apis, sebelum cikgu ulaskan lagi mengenai pertanyaan kamu itu, cikgu hendak kamu carikan sehelai rumput yang paling cantik kat padang sekolah dan bawa sini balik, okey? Cikgu bagi stengah jam je untuk cari.
Apis : Sehelai rumput yang paling cantik? Hm...okey!
Walaupun masih pelik akan permintaan cikgu, Apis tetap pergi mencarikan rumput yang paling cantik di padang sekolah.
Selepas stengah jam, Apis pun kembali semula ke bilik guru dan menghulurkan sehelai rumput itu pada cikgu. Cikgu kemudian bertanya padApisa , "Ceritalah apa yang berlaku semasa kamu carikan rumput ini, dan kenapa rumput ini menjadi pilihan muktamad awak"
Apis pun berceritalah...
"Sesampai sahaja di padang, saya tengok, Banyak sangat rumput, daripada hujung padang kanan hingga ke hujung padang kiri. Saya pun mulakanlah pencarian daripada hujung padang kanan. Ada rumput yang tak lawa, terus saya tinggalkan. Tapi sayangnya cikgu! Ada satu rumput tu cantik sangat! Tapi saya ingat ada lagi rumput lagi lawa, jadi saya carilah lagi. Tengok jam, dah nak cukup setengah jam. Saya patah balik untuk dapatkan rumput yang sangat cantik tu, tapi tak jumpa. Saya takut tak cukup masa, jadi saya berhenti, saya tengok rumput di sekeliling saya, dan saya pilih yang paling cantik di situ dan bawakan kepada cikgu."
Cikgu tu tersenyum. Apis masih pelik dan menanti jawapan daripada cikgu.
Apis bertanya kepada cikgu, "cikgu...saya masih tak faham kenapa cikgu minta saya carikan rumput yang paling cantik...."
Cikgu itu kemudian menjawab pertanyaan Apis...
"Jodoh pertemuan dan perpisahan itu ibaratApis mencari rumput yang cantik tu. Apis dah menetapkan dalam fikiran akan memilih rumput yang PALING cantik, jadi Apis terus tinggalkan yang tak cantik. Dalam dunia ni, manusia akan mengejar apa yang dia kehendaki, yang dia tak inginkan akan terus ditinggalkan ke belakang. Tapi bila Apis jumpa rumput yang paling cantik,Apis tinggalkan kerana mahukan yang lebih cantik. Biasalah manusia, bila dah dapat yang cantik, kadang-kadang alpa, dan tak bersyukur dengan apa dia ada dan akhirnya, yang terbaik ditinggalkan ke belakang. Bila dah hilang, baru nak menyesal.
Taqdir pula ibarat masa yang cikgu peruntukkan pada kamu. Bila masa dah sampai, kamu pun bergegas mencari rumput yang paling cantik. Kadang kala dalam hidup, kita kena buat pilihan untuk melepasi satu ujian/dugaan/rintangan. Rumput ini adalah tanda ygApis telah pun membuat PILIHAN setelah berusaha mencarinya.Apis juga yakin rumput itu adalah pilihan Apis, dan Apis akur akan pilihan itu, barulah Apis bawakan rumput ini kepada cikgu, kan? itulah yang dinamakan taqdir; bila kita telah membuat pilihan dengan yakin dan kita akur akan pilihan kita itu."
P/S: Cerita ni khas utk seorang sahabat yang sedang keliru.. ^_^, smoga berjaya la ye..