Assalamualaikum. Alhamdulillah pada tanggal 27/5/2011 aku telah dikurniakan seorang kakak. Ayat yang lebih jelas, abangku telah bergelar suami dengan sekali lafaz je. Pada 28/5, majlis resepsi sebelah perempuan selamat berlangsung di sebuah dewan Putrajaya. Majlis perkahwinan tersebut merupakan Majlis termewah yang pernah aku hadiri (Jarang g Majlis Kahwin =P). Sekilas pandang pada majlis ni pun dah tahu bahawa isteri abang aku ni datang dari golongan berada. Saudara maranya ada yang ahli politik, dato', bekas ketua polis pahang, bekas ketua polis negara dan macam-macam lagi la. Sesudah habis majlis, semestinya, aku rasa dah macam adat bagi semua orang, mentarget adik bawah pengantin. Respon familiar "Awak bila lagi" dan seumpamanya dengannya. Tapi dalam kes aku ni, saudara mara tak tanya macam tu. Soalan dah termodified dek kerana status family kakak ipar aku. Banyak yang bertanya tapi aku kelaskan dalam 3 kategori:
NAtural : "Angah pasni orang macam mana pulak??" tiada bunyi paksaan dalam soalan tersebut, semuanya terserah pada diri aku sendiri
Tak Nak Kalah: "Angah pasni awak cari orang lebih kaya dari abang awk tu" Ayat ni meminta aku jangan kalah pada abang aku dalam mencari pasangan
Mesti Kalah: "Angah cari orang biasa sudah la, jangan cari orang kaya2, susah" Ayat ni melarang sama sekali aku mengikut jejak langkah abang aku atas sebab2 tertentu.
Apapun, tak kisahlah macam mana status orangnya, orang biasa ke luar biasa, kahwin mewah ataupun kahwin free sekalipun, yang penting ikut sunnah nabi dengan melangsungkan perkahwinan. Dalam khutbah ijab kabul sebelum abang melafazkan akad, "Perkahwinan merupakan sunnah Rasulullah dan sesiapa tidak mengikutinya tidak tergolong dia dalam umat Rasulullah". Dah jodoh dia dengan orang senang. Dia pun buka calang-calang orang. Aku berdoa je la semoga mendapat jodoh. Amin
p/s: gambar hiasan semata-mata

2 comments:
Perempuan dinikahi kerana empat faktor. Kerana hartanya, nasabnya, kecantikannya dan agamanya.
Maka menangkanlah wanita yang mempunyai agama, engkau akan beruntung. Insyaallah. Good luck!=)
Insyaallah akan cuba cari agama, tq far!=)
Post a Comment