Friday, January 28, 2011

Rumput Oh Rumput



Apis :
Cikgu, apa yang dikatakan sebagai Taqdir, Jodoh pertemuan dan perpisahan?
Cikgu : Apis, sebelum cikgu ulaskan lagi mengenai pertanyaan kamu itu, cikgu hendak kamu carikan sehelai rumput yang paling cantik kat padang sekolah dan bawa sini balik, okey? Cikgu bagi stengah jam je untuk cari.
Apis : Sehelai rumput yang paling cantik? Hm...okey!

Walaupun masih pelik akan permintaan cikgu, Apis tetap pergi mencarikan rumput yang paling cantik di padang sekolah.

Selepas stengah jam, Apis pun kembali semula ke bilik guru dan menghulurkan sehelai rumput itu pada cikgu. Cikgu kemudian bertanya padApisa , "Ceritalah apa yang berlaku semasa kamu carikan rumput ini, dan kenapa rumput ini menjadi pilihan muktamad awak"

Apis pun berceritalah...

"Sesampai sahaja di padang, saya tengok, Banyak sangat rumput, daripada hujung padang kanan hingga ke hujung padang kiri. Saya pun mulakanlah pencarian daripada hujung padang kanan. Ada rumput yang tak lawa, terus saya tinggalkan. Tapi sayangnya cikgu! Ada satu rumput tu cantik sangat! Tapi saya ingat ada lagi rumput lagi lawa, jadi saya carilah lagi. Tengok jam, dah nak cukup setengah jam. Saya patah balik untuk dapatkan rumput yang sangat cantik tu, tapi tak jumpa. Saya takut tak cukup masa, jadi saya berhenti, saya tengok rumput di sekeliling saya, dan saya pilih yang paling cantik di situ dan bawakan kepada cikgu."

Cikgu tu tersenyum. Apis masih pelik dan menanti jawapan daripada cikgu.

Apis bertanya kepada cikgu, "cikgu...saya masih tak faham kenapa cikgu minta saya carikan rumput yang paling cantik...."

Cikgu itu kemudian menjawab pertanyaan Apis...

"Jodoh pertemuan dan perpisahan itu ibaratApis mencari rumput yang cantik tu. Apis dah menetapkan dalam fikiran akan memilih rumput yang PALING cantik, jadi Apis terus tinggalkan yang tak cantik. Dalam dunia ni, manusia akan mengejar apa yang dia kehendaki, yang dia tak inginkan akan terus ditinggalkan ke belakang. Tapi bila Apis jumpa rumput yang paling cantik,Apis tinggalkan kerana mahukan yang lebih cantik. Biasalah manusia, bila dah dapat yang cantik, kadang-kadang alpa, dan tak bersyukur dengan apa dia ada dan akhirnya, yang terbaik ditinggalkan ke belakang. Bila dah hilang, baru nak menyesal.

Taqdir pula ibarat masa yang cikgu peruntukkan pada kamu. Bila masa dah sampai, kamu pun bergegas mencari rumput yang paling cantik. Kadang kala dalam hidup, kita kena buat pilihan untuk melepasi satu ujian/dugaan/rintangan. Rumput ini adalah tanda yg
Apis telah pun membuat PILIHAN setelah berusaha mencarinya.Apis juga yakin rumput itu adalah pilihan Apis, dan Apis akur akan pilihan itu, barulah Apis bawakan rumput ini kepada cikgu, kan? itulah yang dinamakan taqdir; bila kita telah membuat pilihan dengan yakin dan kita akur akan pilihan kita itu."

P/S: Cerita ni khas utk seorang sahabat yang sedang keliru.. ^_^, smoga berjaya la ye..

3 comments:

fariza mm said...

wink! sukenye bace entry ni.. huhu.. btw sape ye yg keliru tu?? hehehe

Aku Budak Baik said...

ske benor, hehe, ada la membe aku time muda2, bkn bdk ukm pun

Aliff Lazim said...

aku pun suka! nasib baik kau dah mention " bukan budak ukm".. kalau tak, ada terasa sikit. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...