Saturday, March 26, 2011

HOME

Opera Mini-fy your non-smart phone with DiGi & you stand a chance to win a HTC Mozart! Click for more info. #DiGiOperaMini




Watch it on Youtube



How long this beauty can survive?



"I want to go HOME"

Monday, March 21, 2011

Suatu Malam Yang Sunyi...

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!


Pada jam 3.30 pagi, Damon terasa hendak ke tandas. Dilihat roomatenya takeshi kaneshiro sedang enak dibuai mimpi. Pintu bilik dibuka dengan perlahan-lahan agar tidak mengganggu roomatenya. Apabila berada diluar dia memandang ke kiri, foyer kelihatan amat gelap dan sunyi. "Aik, tak pernah2 foyer gelap macam ni" berkata dia dalam hati. Dia terus berjalan melalui koridor. Keadaan koridor juga gelap dan sunyi, tiada kelibat manusia atau bunyi aktiviti-aktiviti manusia. Semua enak dibuai mimpi. Damon melangkah dengan pantas menuju ke tandas. Apabila sampai ditandas tiba-tiba terlintas dikepalanya cerita khurafat, hantu kak limah balik rumah n berbagai cerita yang menyeramkan. "Kenapa la time ni boleh teringat menda bukan2 plak, takpe2, syaitan tak kacau orang jahat" katanya kepada diri sendiri untuk menyedapkan hati. Selang 10 minit selepas selesai segalanya ketika damon berjalan pulang, dia merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan keadaan sekelilingnya terutama dibahagian kirinya iaitu sebuah gelanggang badminton . Lalu dia berhenti dan memaling badan dan pandangan ke sebelah kirinya. Tiada apa-apa namun terasa bagai ada sesuatu diatasnya. Diberanikan diri untuk mendongak ke atas. Ekspresi wajahnya terus berubah.Dia tergamam. Tangan dan kakinya menjadi kaku. Tidak mampu untuk berjalan apatah lagi untuk berlari. Hanya mulutnya saja yang mampu menyebut nama Allah. Dia melihat sesuatu yang tidak pernah dilihatnya sepanjang hidupnya secara live. Sesuatu yang sangat besar. Wajah"sesuatu" itu bercampur hitam dan putih memandang tepat ke wajah Damon. "Sesuatu" itu adalah....(Klik sini kalau berani nak tengok)












Peristiwa ini berlaku pada 20 Mac jam 3.30 pagi, maksudnya sebelum kul 12.01 mlm tu bertarikh 19 Mac. Aku pening skit tarikh waktu pagi ni.. haha..



Sambung cerita, bulan malam adalah supermoon, fenomena dimana bulan dekat dengan bumi berlaku pada 19 mac, saiz dia lebih besar dari biasa, nak tau lebih lanjut sila google. terkejuz aku tengok aritu, walaupun tak besar macam gambar-gambar kat bawah ni, tapi boleh perasan la saiz dia lain macam, terang dia pun lain, kebetulan pulak langit cerah..tanda kebesaran Allah




P/S: Jadi tak cerita seram aku?? haha

Nak Menang iPhone 4 tak??Klik sini

Sunday, March 13, 2011

Sampai Seru..

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!


Tanggal 12 mac yang lalu, sahabatku dari SMKA TAHAP telah menamatkan zaman bujangnya, sekaligus menjadi lelaki pertama dalam batch 2001-2005 yang berkahwin. Perkahwinannya sangat tak disangka2, tiada berita bercinta atau bertunangm tup tap dapat jemputan perkahwinan. Budaknya sangat warak, bijak pulak tu belajar medic kat Mesir. Isterinya pun nampak solehah. Tahniah diucapkan, kat bawah ni gambar dari facebook dia. Aku tak ambil apa2 gambar, HP dah sedekah kat orang.. haha. Majlis dia lagi dahsyat, buat 3 pasangan serentak, dia dan dua orang abang.


13 Mac pulak dapat berita sorang lagi lelaki batch aku SMKA TAHAP kahwin, tapi tak dapat pergi sebab tahu lambat. Dah beli tiket balik.. huhu

Alang-alang entry pasal kahwin ni, letak la sekali doa minta jodoh, doa yang diamalkan nabi Zakaria a.sMaksudnya :”Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).


Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Al ‘Imran: 38).


Penjelasan:
Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga baik sekali dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang soleh.


Kedua ayat diatas merupakan doanya Nabi Zakaria A.S. agar diberi keturunan sebagai penerus perjuangannya menegakkan agama Allah.


Yang bawah ni pulak doa orang desperate..


Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah….

Tapi kalau bukan jodohku,
maka jodohkanlah…

Jika dia tidak sejodoh denganku,
maka jadikanlah kami jodoh…


Kalau dia bukan jodohku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selain aku…

Kalau dia tidak dapat dijodohkan denganku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku,

Dan semasa dia telah tidak memiliki jodoh,
Jodohkanlah kami kembali…

Kalau dia jodoh orang lain,
Putuskanlah, Jodohkanlah denganku..

Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
Biar orang itu bertemu jodoh dengan yang lain dan kemudian
Jodohkanlah kembali dia denganku…


Haha.. best kan doa dia

P/S: bila seru aku nak sampai ni.. hehe



Nak Menang iPhone 4 tak??Klik sini

Thursday, March 3, 2011

3 Mac: Hilangnya Kekuatan Islam..

3 Mac, smart kan tarikh tu, 03.03, tapi tak ramai orang Islam yang tahu tarikh tu merupakan permulaan kejatuhan kekuatan umat Islam. Pada 3 Mac 1924, tamatnya pemerintahan terakhir khilafah uthmaniayah. Siapa yang tamatkan, tak lain tak bukan popular figure yang dibanggakan pemerintah Malaysia masakini Mustafa Kamal Attaturk laknatullah. Persoalannya apa kaitan kekuatan umat Islam dengan institusi khilafah?

Dalam institusi khilafah tiada istilah patriotisme, nasionalisme, sekularisme, semua negara Islam bersatu dibawah satu kepimpinan khalifah dan Islam itu sendiri digunakan dalam pemerintahan. Dalam buku sejarah kita telah disembunyikan perkaitan antara Alam Melayu dengan pemerintahan turki Uthmaniah. Kat bawah ni link perkaitan antara institusi khilafah dengan Alam Melayu

http://www.mediafire.com/?delth5cju15wsss

Kalau kita lihat negara-negara Islam kini, tiada tolong menolong, masing-masing wat hal masing2. Palestin mula diceroboh zionis apabila tumbangnya institusi khilafah kerana mereka tahu tanpa institusi tersebut umat islam tidak mampu berbuat apa2 walaupun bilangan mereka ramai. Sistem demokrasi yang kita pakai sekarang sangat bersifat sekularisme. Aku sangat tak suka sistem ni sebab kita boleh nampak sendiri perpecahan antara umat Islam. Tak payah pergi jauh la, tengok dalam Universiti pun da boleh nampak, semangat asabiyah antara parti. Parti punya pasal sampai tak tegur membe.. ceh..

Aku harap satu hari nanti institusi ini akan kembali. Majalah ‘Ar-Raid’ yang diterbitkan di Jerman menyatakan, “Sekalipun Islam memang tersigkir dari pemerintahan, namun ia tidak pernah tersingkir dihati mereka. Pertubuhan Islam dan pendidikan agama tetap berjalan bahkan mendapat pendokong yang baru. Semangat masyarakat Turki untuk mempertahankan symbol-simbol islam tetap kuat. Tidak sahaja mereka kembali kepada kelompok (tarikat) Naqsyabandiah, Qadiriah dan lain-lainnya kerana pemerintahan memusuhinya sehingga ia kembali kepada kelompok itu. Lebih dari itu, mereka menolak setiap ajaran dan pandangan yang bertentangan dengan Islam dan kembali kepada kebimbangan rosaknya peradaban Turki ditengah-tengah perkembangan gaya hidup barat”.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Topup2u