Wednesday, April 6, 2011

Cicak Tokek a.k.a Gecko



KUALA LUMPUR 3 April – Orang ramai yang memiliki cicak tokek perlu memohon lesen daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sebelum 27 Jun ini bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil.

Menurut Jabatan Perhilitan berkata, cicak tokek merupakan hidupan liar yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang telah berkuat kuasa pada 28 Disember lepas.

“Tempoh peralihan selama enam bulan dari tarikh permulaan berkuat kuasa akta itu akan tamat pada hujung Jun ini. Pemilik reptilia tersebut perlu memohon lesen di Jabatan Perhilitan negeri masing-masing.

“Tindakan undang-undang yang boleh diambil adalah denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua sekali,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Cicak tokek dilaporkan mujarab untuk merawat pelbagai jenis penyakit kronik termasuk HIV dan AIDS menyebabkan ia mendapat permintaan tinggi terutama dari China dan Jepun. – Utusan


28 Disember cicak tokek dilabel sebagai binatang yang dilindungi. Bila satu species tu dilabel sebagai binatang yang dilindungi, ni bermaksud species tu berada diambang kepupusan. Cicak tokek ni sangat mahal sekarang ni. Menurut kawan aku yang terlibat dalam aktiviti menangkap cicak ni, seekor boleh mencecah RM1000, based on size.

Harga pada Julai 2010 (google)
300 grams : RM 25000
400 grams : RM 80000
500 grams : RM 200000
600 grams : RM 500000
800 grams : RM 800000

Aku cuba cari scientific reseach pasal kesahihan air liur gecko ada enzyme boleh menyembuhkan AIDS, tak jumpa pun, kira ia hanya khabar angin, tapi harga gecko bukan khabar angin, sebab tu ramai orang buru. .. kesian cicak ni, satu lagi species bakal pupus atas kerakusan manusia.

P\S: Kalau ada orang jumpa kajian pasal ni share2 ye =)


3 comments:

farizamm said...

ehem! nnt aku tanya dr.yati ok! hehehe

Damon Salvatore said...

Dr. yati kaji cicak gak ke? bukan katak je ke

farizamm said...

cicak pun! herpetofauna lebih tepat lagi. amfibia n reptilia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Topup2u