Thursday, September 8, 2011

Gelagat Mahasiswa2 Baru


Assalamualaikum, minggu ni adalah minggu pendaftaran bagi kesemua IPTA-IPTA kat Malaysia ni. Sempat la g jenguk gelagat pelajar n family di UKM dan USIM, antaranya:

Muka excited
Semua yang daftar muka excited je, family pun nampak gembira, sape tak ske masuk U kan..

Macam Rombongan Meminang
Siapa tak gembira anak masuk U kan. Bangga tu, abis semua sedara-mara ikut g daftar, hehe

Nak pindah rumah ke??
Majoriti budak-budak bawak barang-barang kus semangat, macam nak pindah rumah. Paling ekstrem, bawak 1 kereta dan 1 MPV, dua2 penuh barang..

Eh, tak cukup lagi ke??
Barang dah banyak, tapi habis pendaftaran ramai yang berpusu-pusu ke Tesco n Giants, beli lagi barang.

Sabar la wei
Panas je tengok orang potong line waktu proses pendaftaran, kesian yang tabah beratur panjang-panjang dari mula. Lebih memanaskan keadaan bila seorang start potong, ramai pulak yang follow..

Tak Prepare
Pelajar-pelajar datang pakai warna sedondon, tapi ada gak yang sesat berbaju lain

Staff: Ni kenapa tak pakai baju ni?
Pelajar: Tak sempat tempah
Staff: Baju raya sempat pulak tempah
Pelajar: Tak sempat jugak, saya pakai baju raya tahun lepas je

Sian budak ni (Assume dia bercakap benar)

Pak Guard bukan tunggul..
Pak Guard kate xboleh parking, dia parking jugak, last-last jem, kata-kat pak guard:

Si D: Kenapa boleh jem sampai macam ni pak cik.
P. Guard: semua tak reti bahasa, p.cik suruh berhenti letak barang je, semua berhenti terus parking. Lepas tu tak keluar-keluar dari kolej tu, apanye wat dalam kolej tu ntah

Disebabkan semua parking ikut dan, kawasan park king kereta kosong, perbualan ngan park guard lagi:

Si D: Pak cik nak parking kereta kat mane?
P. Guard: Awk naik atas tu, helikopter pun boleh parking

Naik-naik atas, memang betul, lima buah heli pun boleh park, haha

Tu lah antara gelagat2nye. Semoga berjaya mencapai cita-cita masing-masing.

P/S: Sedap je cakap kat orang, dia dulu pun sama je, minus rombongan, dulu daftar sorang2 je, abang hantar g U leta barang pastu tinggallah ku sendiri menyelesaikan hal-hal pendaftaran, masuk2 bilik, rum8 bawak 1 kampung, sedih siot T_T.

2 comments:

Aliff Lazim said...

Aku pun teringat time register dulu. Aku dengan family je, tak bawak rombongan. Time register okay je happy lagi, bila dah masuk dalam bilik terus rasa nak nangis. Culture shock tengok keadaan bilik. Haha

Damon Salvatore said...

eh, alip komen rupenye, hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...