Sunday, September 11, 2011

Aku Terima Nikahnya...




Assalamualaikum, perhatian buat lelaki-lelaki
Ustaz Zamri

"Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dgn mas kahwin RM...."


Bunyi macam senang? Nah ni makna sebenarnya..

Aku tanggung dosa-dosa si dia , apa saja dosa yang si dia buat, dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya, aku tanggung & bukan lg ibubapa si dia..Dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anak ku, jika gagal maka aku fasik, dayus & aku rela masuk neraka & malaikat Zabaniyah melibas badanku sehingga pecah..

Amacam? ada berani?


Thursday, September 8, 2011

Gelagat Mahasiswa2 Baru


Assalamualaikum, minggu ni adalah minggu pendaftaran bagi kesemua IPTA-IPTA kat Malaysia ni. Sempat la g jenguk gelagat pelajar n family di UKM dan USIM, antaranya:

Muka excited
Semua yang daftar muka excited je, family pun nampak gembira, sape tak ske masuk U kan..

Macam Rombongan Meminang
Siapa tak gembira anak masuk U kan. Bangga tu, abis semua sedara-mara ikut g daftar, hehe

Nak pindah rumah ke??
Majoriti budak-budak bawak barang-barang kus semangat, macam nak pindah rumah. Paling ekstrem, bawak 1 kereta dan 1 MPV, dua2 penuh barang..

Eh, tak cukup lagi ke??
Barang dah banyak, tapi habis pendaftaran ramai yang berpusu-pusu ke Tesco n Giants, beli lagi barang.

Sabar la wei
Panas je tengok orang potong line waktu proses pendaftaran, kesian yang tabah beratur panjang-panjang dari mula. Lebih memanaskan keadaan bila seorang start potong, ramai pulak yang follow..

Tak Prepare
Pelajar-pelajar datang pakai warna sedondon, tapi ada gak yang sesat berbaju lain

Staff: Ni kenapa tak pakai baju ni?
Pelajar: Tak sempat tempah
Staff: Baju raya sempat pulak tempah
Pelajar: Tak sempat jugak, saya pakai baju raya tahun lepas je

Sian budak ni (Assume dia bercakap benar)

Pak Guard bukan tunggul..
Pak Guard kate xboleh parking, dia parking jugak, last-last jem, kata-kat pak guard:

Si D: Kenapa boleh jem sampai macam ni pak cik.
P. Guard: semua tak reti bahasa, p.cik suruh berhenti letak barang je, semua berhenti terus parking. Lepas tu tak keluar-keluar dari kolej tu, apanye wat dalam kolej tu ntah

Disebabkan semua parking ikut dan, kawasan park king kereta kosong, perbualan ngan park guard lagi:

Si D: Pak cik nak parking kereta kat mane?
P. Guard: Awk naik atas tu, helikopter pun boleh parking

Naik-naik atas, memang betul, lima buah heli pun boleh park, haha

Tu lah antara gelagat2nye. Semoga berjaya mencapai cita-cita masing-masing.

P/S: Sedap je cakap kat orang, dia dulu pun sama je, minus rombongan, dulu daftar sorang2 je, abang hantar g U leta barang pastu tinggallah ku sendiri menyelesaikan hal-hal pendaftaran, masuk2 bilik, rum8 bawak 1 kampung, sedih siot T_T.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...