Sunday, February 28, 2010

Saudaraku

Sempena sambutan maulidur rasul dua hari yag lalu, marilah sama-sama kita hayati kisah ini, betapa rindunya seorang rasul kepada umatnya, walaupun tidak pernah bersua..

“Alangkah teringinnya di hatiku andai aku berpeluang bertemu dengan saudara-saudaraku,” ujar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.


“Bukankah kami ini juga saudara-saudaramu wahai utusan Allah?” para sahabat bertanya


“Kalian adalah sahabatku. Ada pun saudara-saudaraku yang kumaksudkan, mereka adalah orang-orang beriman yang belum ada!” jawab Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.

Adakah kita merindui baginda sebagaimana rindunya baginda terhadap umatnya?

“Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia” [riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah]

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Topup2u