Sunday, March 13, 2011

Sampai Seru..

How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!


Tanggal 12 mac yang lalu, sahabatku dari SMKA TAHAP telah menamatkan zaman bujangnya, sekaligus menjadi lelaki pertama dalam batch 2001-2005 yang berkahwin. Perkahwinannya sangat tak disangka2, tiada berita bercinta atau bertunangm tup tap dapat jemputan perkahwinan. Budaknya sangat warak, bijak pulak tu belajar medic kat Mesir. Isterinya pun nampak solehah. Tahniah diucapkan, kat bawah ni gambar dari facebook dia. Aku tak ambil apa2 gambar, HP dah sedekah kat orang.. haha. Majlis dia lagi dahsyat, buat 3 pasangan serentak, dia dan dua orang abang.


13 Mac pulak dapat berita sorang lagi lelaki batch aku SMKA TAHAP kahwin, tapi tak dapat pergi sebab tahu lambat. Dah beli tiket balik.. huhu

Alang-alang entry pasal kahwin ni, letak la sekali doa minta jodoh, doa yang diamalkan nabi Zakaria a.sMaksudnya :”Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).


Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Al ‘Imran: 38).


Penjelasan:
Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga baik sekali dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang soleh.


Kedua ayat diatas merupakan doanya Nabi Zakaria A.S. agar diberi keturunan sebagai penerus perjuangannya menegakkan agama Allah.


Yang bawah ni pulak doa orang desperate..


Ya Tuhan, kalau dia memang jodohku,
dekatkanlah….

Tapi kalau bukan jodohku,
maka jodohkanlah…

Jika dia tidak sejodoh denganku,
maka jadikanlah kami jodoh…


Kalau dia bukan jodohku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain selain aku…

Kalau dia tidak dapat dijodohkan denganku,
Jangan sampai dia dapat jodoh yang lain, biarkan dia tidak berjodoh sama seperti diriku,

Dan semasa dia telah tidak memiliki jodoh,
Jodohkanlah kami kembali…

Kalau dia jodoh orang lain,
Putuskanlah, Jodohkanlah denganku..

Jika dia tetap menjadi jodoh orang lain,
Biar orang itu bertemu jodoh dengan yang lain dan kemudian
Jodohkanlah kembali dia denganku…


Haha.. best kan doa dia

P/S: bila seru aku nak sampai ni.. hehe



Nak Menang iPhone 4 tak??Klik sini

11 comments:

Aliff Lazim said...

faiq, aku baca dua-dua doa tu.. kekeke

Damon Salvatore said...

bgus2, amalkan selalu, kalo xmakbul tu bkn salah doa da, salah tuan dia, haha

Aliff Lazim said...

ceit! hahaha

farizamm said...

huhu. tq faiq! seru kau pas jadi conservationist kott hihi

Damon Salvatore said...

insyaallah, tu pun kalo dpt jd conventionist la, hehe

abid mikyad said...

as salam...meh2 dgr lagu sekadar lelaki biasa..huhu...

Damon Salvatore said...

aku dah dgr, siap post kat fb lg, haha

Dilla Dil said...

nak seru jugak!
nak kawenn!takmo blaja dah!

Damon Salvatore said...

haha, sambil blaja pun bleh

ainhavi said...

banyak btol ya org nak komen pasai sampai seru ini..isu ni takkan penah lapuk slagi seru tak smpai kan..hehe..

Damon Salvatore said...

btul2, sokong ainhavi.. haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Topup2u