Pada jam 3.30 pagi, Damon terasa hendak ke tandas. Dilihat roomatenya takeshi kaneshiro sedang enak dibuai mimpi. Pintu bilik dibuka dengan perlahan-lahan agar tidak mengganggu roomatenya. Apabila berada diluar dia memandang ke kiri, foyer kelihatan amat gelap dan sunyi. "Aik, tak pernah2 foyer gelap macam ni" berkata dia dalam hati. Dia terus berjalan melalui koridor. Keadaan koridor juga gelap dan sunyi, tiada kelibat manusia atau bunyi aktiviti-aktiviti manusia. Semua enak dibuai mimpi. Damon melangkah dengan pantas menuju ke tandas. Apabila sampai ditandas tiba-tiba terlintas dikepalanya cerita khurafat, hantu kak limah balik rumah n berbagai cerita yang menyeramkan. "Kenapa la time ni boleh teringat menda bukan2 plak, takpe2, syaitan tak kacau orang jahat" katanya kepada diri sendiri untuk menyedapkan hati. Selang 10 minit selepas selesai segalanya ketika damon berjalan pulang, dia merasa ada sesuatu yang tidak kena dengan keadaan sekelilingnya terutama dibahagian kirinya iaitu sebuah gelanggang badminton . Lalu dia berhenti dan memaling badan dan pandangan ke sebelah kirinya. Tiada apa-apa namun terasa bagai ada sesuatu diatasnya. Diberanikan diri untuk mendongak ke atas. Ekspresi wajahnya terus berubah.Dia tergamam. Tangan dan kakinya menjadi kaku. Tidak mampu untuk berjalan apatah lagi untuk berlari. Hanya mulutnya saja yang mampu menyebut nama Allah. Dia melihat sesuatu yang tidak pernah dilihatnya sepanjang hidupnya secara live. Sesuatu yang sangat besar. Wajah"sesuatu" itu bercampur hitam dan putih memandang tepat ke wajah Damon. "Sesuatu" itu adalah....(Klik sini kalau berani nak tengok)
Peristiwa ini berlaku pada 20 Mac jam 3.30 pagi, maksudnya sebelum kul 12.01 mlm tu bertarikh 19 Mac. Aku pening skit tarikh waktu pagi ni.. haha..
Sambung cerita, bulan malam adalah supermoon, fenomena dimana bulan dekat dengan bumi berlaku pada 19 mac, saiz dia lebih besar dari biasa, nak tau lebih lanjut sila google. terkejuz aku tengok aritu, walaupun tak besar macam gambar-gambar kat bawah ni, tapi boleh perasan la saiz dia lain macam, terang dia pun lain, kebetulan pulak langit cerah..tanda kebesaran Allah
P/S: Jadi tak cerita seram aku?? haha

Nak Menang iPhone 4 tak??Klik sini
6 comments:
Seram jugakla! Isk3! Aku tak tgk pun superrmoon ni. =(
*klik sini klu nak tgk*..seyes aku tak klik..hahahha..hg nmpk pa wei??kata Damon..p cabut jantung benda ang nmpk tu..kang matila dia
haha, klik je la, xseram pun, menda tu xda jantung r,
cis! aku dah standby dah bukak mata slow-slow time klik link tu. hahaha nasib baik tak terklepas kata-kata nista yang kurang enak didengar.. hehe
kata2 nista brbunyi mcm ni ke "oo mak kau, b***" haha
ain takut nak tekan 'klik sini'.. hahaha!
Post a Comment