Saturday, December 31, 2011

Tahun Baru, Undang2 Baru

Assalamualaikum.

Selamat tahun baru!!!! Semoga tahun baru ni lebih mendekatkan kita dengan Allah




Berita 31/12, beberapa undang2 baru akan dikuat kuasakan, so jangan lupa pakai tali pinggan nanti melayang RM300 ^_^


KUALA LUMPUR - Penguatkuasaan pemakaian tali pinggang keledar belakang merupakan antara peraturan baharu yang berkuat kuasa mulai 1 Januari ini.

Pengguna jalan raya yang gagal mematuhinya akan dikenakan kompaun RM300.

Selain itu, arahan penyeragaman logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia juga berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 ini.

Selain itu, pelaksanaan kadar caruman majikan sebanyak 13 peratus bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang memperoleh gaji bulanan kurang daripada RM5,000 yang juga mula berkuat kuasa.

Ekoran Bajet 2012 pula, seramai 1.3 juta penuntut institusi pengajian tinggi tempatan dan pelajar sekolah menengah akan menerima baucar buku RM200 mulai Januari ini.

Daripada aspek pendidikan, mulai tahun 2012, Pendidikan Keselamatan Jalan Raya bakal dilaksanakan di sekolah-sekolah menengah.

Bermula 1 Januari juga, kerajaan bersetuju melakukan pengumuman dalam bahasa Tamil disediakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan Terminal Terbang Tambang Murah.






Sumber Kosmo! Online - Negara

Sunday, December 11, 2011

Kekejaman di Syria




Assalamualaikum,

Alhamdulillah, saat ini kita hidup dalam penuh kenikmatan. Namun pada masa rakyat Syria hidup dalam kesengsaraan di bawah pemerintahan ala firaun laknatullah.

Link di bawah ini artikel mengenai realiti yang berlaku di Syria:

Ikram.org

Video kekejaman di Syria:








Sebagai saudara seislam, buat la apa yang mampu untuk menolong mereka, doa dalam setiap waktu solat pun dah cukup. Sewaktu Nabi Ibrahim dicampakkan ke dalam api, semut-semut yang bersaiz kecil berusaha cuba memadamkan api, walaupun tak berhasil, at least they did something..

Thursday, December 8, 2011

Aurat n Syahwat






Assalamualaikum..

Masalah Perempuan : Cuba pergi kat mana-mana tempat ramai orang, pandang sekeliling, mesti akan nampak aurat.

Masalah Lelaki : Cuba baca berita, dalam n luar negara, mesti akan ada kes rogol, sumbang mahram, zina, n yang seumpama dengannya, tu yang dilaporkan je, yang tak dilapor?.

Lepas tu cuba fikirkan apa kaitan aurat n kes-kes tu.


Orang kata "Dari mata turun ke hati", tapi bagi lelaki dalam kes melihat aurat, terutama wanita-wanita yang hot "Dari mata turun ke kemaluan", melainkan kalau lelaki tu mati pucuk ataupun gay..

Dalam bahasa matematiknya, Aurat berkadar terus dengan Syahwat.


Kalau bahasa sains waktu kecik-kecik dulu, Semakin besar jumlah permukaan Aurat yang didedahkan, semakin tinggi Syahwat.

Bila nafsu dah tinggi, iman pulak nipis, akal akan terdorong untuk memikirkan cara melakukan perkara-perkara yang tak elok

Itulah hikmahnya Islam mengajar umatnya untuk menjaga pandangan dan menutup aurat.


Dalam era IT ni, web-web n gambar lucah dapat dilihat dengan sekali klik je, ditambah pula dengan filem tayang aksi bukan-bukan, kalau tak jaga dua perkara ni, semua orang boleh jadi mangsa n pemangsa.

Rujuk balik Surah Al-Azab diatas, "....maka dengan itu mereka tidak akan diganggu"

Itu janji Allah..





Friday, December 2, 2011

Ust Kazim Elias + Ust Azhar Idrus




Assalamualaikum.

Dua ustaz favourite aku bergabung dalam ceramah perdana sempena Maal Hijrah. I wish i could go.. T_T


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Topup2u