Dengan nama Allah, yang dengan nama-Nya akan terhalanglah, segala sesuatu di bumi dan langit, untuk menimpakan bencana, dan la Maha Mendengar dan Mengetahui.
Sekarang ni trend baju singkat, n seluar londeh, baju cukup-cukup je tutup badan. Jadi bila rukuk dan sujud, kulit belakang atau kadang-kadang tu lurah pun boleh nampak
Kepada lelaki-lelaki yang budiman, jom kita periksa pakaian kita sebelum
memulakan solat. Pastikan kulit bawah pusat tidak
terbuka semasa rukuk dan sujud
Takdamaknanya kita solat kalau aurat tak tutup ^_^
"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata:
Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)." / (46:15)
My beautiful mother
She told me, "Son in life you’re gonna go far, and if you do it right you’ll love where you are
Just know, that wherever you go, you can always come home"
Bila dengar lagu ni, teringat setiap kali telefon mak n abah mesti tanya "bila nak balik?/minggu ni balik x?".
Walaupun baru je 2 3 hari lepas balik rumah mesti mereka tanya gak soalan tu
Betapa mereka berharap anak mereka selalu pulang ke rumah.
Bagi yang berjauhan tu, selalu-selalulah balik jenguk mereka bila berkesempatan.
Kita tak tahu bila kita akan pergi, atau bila meraka akan pergi..