Thursday, April 16, 2009

Golongan yang menghina al-Quran

Golongan yang menghina al-Quran

Menurut Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qaiyyim (dalam karangan mereka) bahawa masyarakat di zaman Nabi telah memulaukan al-Quran dengan 5 cara yang utama iaitu:

1. Membiarkan al-Quran tanpa dibaca.
2. Memulaukan al-Quran tanpa digunakan untuk mencari jalan petunjuk.
3. Memulaukan al-Quran tanpa mengambil hukum hakamnya.
4. Memulaukan al-Quran tanpa mengambil kira isinya dan kepentingannya untuk kehidupan.
5. Memulaukan al-Quran dengan tidak menjadikannya sebagai sumber atau jalan penyelesaian kepada pelbagai masalah kehidupan manusia dari segi rohani mahupun jasmani.

Ramai manusia atau umat Islam hari ini tidak sedar akan hakikat ini. Mereka menganggapkan seolah-olah bahawa al-Quran itu hanyalah buku yang perlu disimpan dengan serapi-rapinya di dalam almari-almari tersembunyi tanpa perlu dibaca dan difahami isinya.

Inilah bentuk pemikiran umat Islam pada zaman ini yang cukup sempit. Sebab itulah setiap hari kita dipaparkan dengan pelbagai ragam masalah umat Islam di media-media massa. Ini adalah sebab dan akibatnya mereka memulaukan dan meminggirkan al-Quran.

Ketahuilah bahawa, sebagai umat Islam yang sebenar-benarnya, rujukan kita yang paling agong dan paling tinggi sebagai panduan dan petunjuk jalan kehidupan di dunia ini adalah al-Quranul Karim dan al-Hadis (as-Sunnah) dan seterusnya para ulama dan ilmuan. Tetapi hakikatnya pada hari ini, semua bentuk rujukan tersebut begitu diabaikan oleh para masyarakat secara umumnya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Topup2u