Saturday, March 13, 2010
keMALANGan
disebabkan terlalu banyak keMALANGan yang berlaku sejak semalam = jumaat.
1st - Hari jumaat ,aku wat lab sampai petang, letih tu nak pindahkan Aspergillus
terreus (mengikut format penulisan microbiologist) dr medium pertumbuhan ke
penghasilan , pagi- pagi buta gi lab siapkan medium, pastu petang pindahkan, sampai
la 5 lebih, Pn. Midah da tunggu dengan pandangan yang menghalau je, dah siap wat
nak masukkan dalam shaker, shaker basah tak boleh lekat.. jadi tak dapat la shaker ,
sia2 je usaha dr pagi..malang betul
Yang lebih MALANG, sebabkan aku da cabut 1 kelalang milik orang lain dalam shaker
tu, bila aku letak balik, walaupon pada mulanya lekat, bila shaker tu mula
berdangdut, dia tercabut, Pn. Midah pun arahkan semua kelalang
dikeluarkan...MALANG aku terkena kat org lain..hehe
2nd- Malamnya pula, ada la exam Asas biologi molekul (ABM), sebabkan aku da
habiskan waktu siang untuk lab, aku tak study la, aku ngat study awal da cukup,
rupanya tak cukup lagi, maka terkapai-kapai la aku kat situ..
3rd- Waktu aku tgh buat lab ptg jumaat, membe aku call dr bali, minta tolong ambil
kat KL centre pukul 1 pagi, aku kata baik aku g ambil kat LCCT je sebab ex-roomate
aku selalu g ctu.. maka termeterailah perjanjian aku g ambil dia kat LCCT. Pastu aku
pon call la ex-roomate aku ni nak minta tolong tunjuk jalan, sekali kat Kedah
da..MALANG tul..
4th- Sebabkan da janji nak ambil membe, maka aku cari la org2 yang tau jalan ke
LCCT, tapi malangnya takda org tau, maka aku n 2 org membe berbekalkan kereta
pinjam memulakan perjalanan ke LCCT dengan berpandukan mesej arah
ex-roomateku.. tp kami tetap sesat n ambil masa sejam lebih nak sampai LCCT..
MALANG tul..pastu time balik ukm pun sesat gak..hehe.. sian penumpang2 aku
Yang lebih MALANG lagi membe aku tunggu kat LCCT tu pun sejam lebih..hehe
5th- Sabtu 2 ptg. aku nak hantar membe g komuter, sampai depan puri pujangga
..BOOM . motor aku tetiba tak stabil, angin semua hilang.. maka aku bawak la moto
balik kolej, tapi sebab rasa tak stabil sangat aku heret je la, membe aku kate dia jalan
je la ke komuter.. MALANG nasib kami..
6th- Sabtu 4 ptg, aku call org tayar., dia kata tubeless kena bawak g kedai, tak boleh
repair kat kolej.. huissh.. nasib badan..
Tapi sebab nama blog ni pun Suka2 Hati, aku tetap suka2 hati..redha je, setiap yang
berlaku ada hikmahya..terimakasih la kepada sape2 yang membaca entri panjang
lebar ni
Thursday, March 4, 2010
Vaksin halal meningokokus
UNIVERSITI Sains Malaysia (USM) melalui jaringan strategiknya dengan Institut
Finlay dari Cuba mencipta sejarah dalam bidang pengajian tinggi apabila kedua-dua
pihak mencapai persetujuan untuk membangunkan vaksin halal pertama bagi
penyakit meningokokus yang dikenali sebagai tetravalent meningococcal ACW135Y
vaccine.
Perkara itu diputuskan menerusi majlis menandatangan memorandum perjanjian
oleh kedua-dua pihak di Kedutaan Besar Malaysia di Havana, Cuba pada satu majlis
yang turut disaksikan oleh Ketua Penasihat Saintifik Majlis Negara Republik Cuba,
Dr. Fidel Castro Diaz-Balart dan Duta Besar Malaysia ke Republik Cuba, Yean Yoke
Heng.
Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Naib Canselor USM, Prof. Tan Sri Dzulkifli
Abdul Razak dan Presiden Institut Finlay, Francisco Dominguez Alvarez.
Melalui perjanjian tersebut, Sanggar Sains, anak syarikat sepenuhnya milik USM,
akan berperanan dalam mengkomersialkan vaksin tersebut.
Kerjasama seumpama itu merupakan detik paling bersejarah buat kedua-dua pihak
khususnya dalam menyelesaikan kemelut kesihatan ekoran penularan penyakit
meningokokus yang banyak melanda rakyat di negara-negara membangun dan
mundur.
Dzulkifli dalam satu kenyataan berkata, kerjasama di antara USM dengan Institut
Finlay bermula sejak lapan tahun lalu dan sepanjang berkolaborasi, kedua-dua pihak
telah membangunkan pelbagai jenis penyelidikan, antaranya berkenaan penyakit
turbekulosis.
Katanya, penyelidikan turbekulosis yang terdahulu telah memberi pelbagai manfaat
khususnya dari aspek pertukaran kepakaran, staf dan para pelajar di antara USM dan
institusi pengajian tinggi Cuba itu.
"Perkembangan baru ini yang melibatkan cabang penyelidikan lain nyata menjadi
satu lagi inisiatif kita dalam membangunkan nasib golongan bottom billion, sekali
gus meletakkan nama Malaysia sebagai antara pengeluar vaksin halal terkemuka di
pentas global,'' katanya.
Sementara itu, Francisco Dominguez pula berkata, kerjasama yang sekian lama
terjalin itu akan sentiasa diteruskan dan kedua-dua pihak akan meneroka peluang-
peluang penyelidikan baru demi manfaat masyarakat di negara-negara membangun
dan mundur.
"Visi dan matlamat di antara USM dengan Institut Finlay tidak jauh berbeza iaitu
untuk mencari penyelesaian efektif dan boleh diakses penduduk negara-negara
miskin yang amat memerlukan bantuan dan sokongan," jelas beliau.
Tambah beliau, selain mencari penyelesaian, kerjasama itu juga dapat
mengembalikan kegemilangan teknologi dan tamadun Islam sebaris dengan
penghasilan yang dicipta oleh barat.
Penyakit meningokokus adalah penyakit jangkitan bakteria serius yang disebabkan
oleh sejenis bakteria dikenali sebagai Neisseria meningitidis.
Ia menjadi penyumbang utama kepada jangkitan bakteria meningitis kepada
kanak-kanak di seluruh dunia yang berumur dalam lingkungan dua tahun hingga 18
tahun yang jika tidak menerima kaedah rawatan sempurna boleh membawa kepada
maut.