Friday, July 1, 2011

Bila Cinta...


Di suatu pagi ketika Nazri bersiap sedia untuk belajar mata pelajaran matematik, 3 pelajar baru memasuki kelas tersebut. Guru matematik mengarahkan mereka mengenalkan diri masing-masing. Mata Nazri tertumpu kepada pelajar kedua, bernama Syasya, seolah-olah ada daya tarikan terhadap gadis itu, mungkin kerana wajahnya yang comel. Hari pun berlalu seperti biasa. Segalanya berubah apabila Nazri dan Syasya diletakkan dalam kumpulan yang sama untuk projek kelas Bahasa Inggeris. Mereka mula bertegur, teguran berubah menjadi persahabatan. Apabila persekolahan hampir tamat, mereka keluar bersama buat kali pertama sebagai kawan. Dalam bas, Nazri tidak duduk sebelah Syasa, kenapa? Kerana terdapat perasaan ragu-ragu dalam hatinya bolehkah dia duduk bersebelahan dalam keadaan yang rapat sedangkan banyak lagi kerusi yang kosong.


Sekolah pun tamat, masing-masing mula menuju arah berbeza, mereka berjauhan. Saat itulah timbul bibit-bibit kerinduan. Mereka pun menjadi “couple”. Pada mulanya perhubungan itu tidak menjadi hal buat Nazri. Mereka berjauhan dan hanya berhubung melalui telefon. Lama kelamaan, cara mesej mereka mula bertukar. Dari “aku kau” berubah menjadi panggilan-panggilan manja. Dari percakapan biasa berubah menjadi suara manja dan menggoda yang mencairkan hati. Kerinduan ,khayalan, keinginan, nafsu dan bayangan terhadap Syasya mula timbul. Hati Nazri mula timbul persoalan “Betul ke apa aku buat ni?”. Hakikatnya dia sendiri tahu apa yang dia lakukan termasuk dalam zina hati, zina telinga dan zina lidah, iaitu perkara yang mendekatkan kepada zina, namun diteruskan jua dek kerana perasaan sayang dan kehendak nafsunya sendiri. Disedapkan hatinya sendiri dan dihalalkan perbuatannya dengan kata-kata “Takda papelah, aku dan dia kan jauh, bukan boleh jadi apa-apa pun”.


Hari terus berlalu, ditakdirkan mereka berdekatan semula. Mereka mula keluar “dating” seperti pasangan-pasangan yang lain. Kini Nazri tidak lagi ragu-ragu untuk duduk disebelah Syasya di dalam bas. Hilang perasaan takutnya yang dulu tersemat dihatinya dulu. Dari bas berubah kepada motosikal. Iman dihatinya dulu selalu mengutuk perbuatan wanita menunggang bersama lelaki bukan mahramnya. Namun bila cinta nafsu berbicara, kini dia sendiri yang melakukannya. Pada mulanya terdetik perasaan takut untuk melakukannya kerana terasa kehadiran Maha Melihat. Lama-kelamaan perasaan itu hilang. Sekali lagi dihalalkan perbuatannya dengan kata “Aku bukan buat apa-apa pun, tak tersentuh pun naik moto”. Pabila merenung mata dan melihat senyuman Syasya dalam jarak yang dekat, jiwa lelakinya bergolak, hanya perasaan malu saja yang menghalang dia melakukan perkara-perkara tidak baik.


Sebahagian hati Nazri seronok dan bahagia dengan perhubungan itu, sebahagian lagi hati Nazri, mula gelisah, resah dan tidak tenang, mungkin itulah bahagian yang masih tersisa dengan iman. Pabila dimuhasabah dirinya, semua jenis perkara yang mendekatkan zina telah dilakukan, mata telinga, lidah kaki dan tangan. Yang tinggal hanyalah perbuatan zina tu sendiri. Nazri kini semakin dekat menjadi manusia yang dia sendiri keji suatu ketika dahulu. “Jangan mendekati zina” salah satu ayat yang dihafaznya dan kini dia melakukan sebaliknya.


Nazri mula membuat sedikit tindakan, mesej dikurangkan dan menghalang dirinya sendiri keluar bersama syasya terutama menaiki motosikal. Namun tindakannya tidak bertahan lama, sayangnya terhadap Syasya menyebabkan lama kelamaan mereka kembali keluar bersama. Ternyata bahagian yang dikawal nafsunya dan syaitan lebih kuat daripada imannya yang amat nipis.


Nazri bingung, salah satu penyelesaian adalah perkahwinan, namun Nazri sendiri masih bergantung kepada ibu bapanya. Pengajian masih panjang, apatah lagi memasuki alam pekerjaan. Antara redha Allah dan sayangnya pada Syasya manakah Nazri perlu diplih?


Endingnya buat sendiri la ye ikut pendapat masing-masing ye.. ^_^


Walaupun kisah ni tak menarik sangat, pengajaran yang boleh diambil..


1. Bercinta tak salah, memang fitrah, tapi kalau dalam kes Nazri ni, dia ada ilmu, dia tau hukum hakam agama, tapi dia membatukan hatiya, mengabaikan ilmunya kerana cinta terhadap Syasya. Dia tahu larangan Allah mendekati zina tapi sebab cinta dia wat dek je. Bukankah dia dah meletakkan cinta Syasya tu lebih tinggi darjatnya dari cintanya terhadap Allah?


(Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka). At-Taubah (9:24):


Dalam ayat ni Allah dah senaraikan cinta-cinta fitrah bagi manusia, walaupun cinta fitrah pun tetapi dilarang melebihi cinta Allah dan Rasulullah. Agama dah susun cinta manusia elok-elok.


2. Nazri dari seorang yang tidak mahu duduk rapat dengan wanita > duduk rapat> menunggang bersama. Boleh nampak tak evolusi tu? Ustaz aku pernah cakap, dosa ni kalau buat sekali akan rasa bersalah, kali kedua dah mula rasa biasa dan kemudian jadi tabiat. Tak kira la apa-apa jenis dosa pun, mengumpat, mencuri, menipu, bila dah buat kali pertama, akan ada yang kedua dan seterusnya.


2. Kepada wanita, berjaga-jagalah. Tak kira nampak baik macam mana sekalipun seorang lelaki tu dia tetap ada nafsu. Nazri yang tahu hukum agama pun tetap terdetik melakukan perkara tak elok, masih dapat menahan diri kerana ada perasaan malu, tapi sampai bila dia dapat bertahan?. Banyak kisah-kisah apabila nafsu bekerjasama dengan syaitan, orang alim pun tumpas. Sekarang ni pun dah banyak kes-kes rogol n buang anak.


3. Jangan la sekali-kali mengutuk memaki bila tengok kelakuan kurang baik. Memang rasa benci dalam hati tu perlu ada, sebab tu selemah-lemah iman, tapi pada masa yang sama kita doakan orang tu berubah, bukan memaki atau mengutuk. Mengutuk belakang tu dah kira dosa ngumpat. Lihat Nazri duk kutuk-kutuk orang menunggang bersama, last-last dia sendiri yang buat. Manusia boleh berubah, yang jahat boleh berubah baik dan sebaliknya. Kita sendiri tak tahu macam mana diri kita pada masa akan datang.


4.Yang sedang hangat bercinta tu, manifestasikanlah cinta anda di jalan yang betul dan halal. Kalau anda ikhlas sayangkan pasangan anda, jagalah kehormatannya dan maruahnya, bukan sebaliknya.


5. Kepada yang single n available, terutama yang masih belajar kalau boleh tangguh-tanguh la dulu. Susah bercinta luar nikah ni, susah nak jaga semuanya. Kita punya nafsu, tambah dengan Syaitan lagi. Sabar je la ye. Rasulullah pun mula bercinta umur 25.


“Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (At-Talaq, 65:3)



Lagu khas untuk Nazri n Syasya, Cerita ini tiada kaitan dengan Nazri Raihan ye, watak rekaan semata-mata

2 comments:

Outsiderz said...

ya..
sepatutnya ramai yang perlu ingat..
"cerita cinta itu bermula bila tangan si suami memegang erat tangan tok kadi"...
waktu itu.....segalanya bermula..

Unknown said...

tknik pengjaran y bgos ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Topup2u