Sunday, July 31, 2011

Amalan Sunat


Ramadhan dah tiba!!! Masing-masing mesti sibuk nak buat amalan, masjid 1st day ni mesti penuh. Jom sama-sama jaga amalan wajib, tinggal benda-benda mungkar dan tambah amalan sunat,..


Maksud amalan sunat diajar di sekolah2 dulu - Buat dapat pahala, tak buat takde pape

Maksud yang sepatutnya diajar - Buat dapat pahala, tak buat RUGI

Harap2 segala yang dilakukan dibulan ramadhan tahun ni berterusan sepanjang tahun. Tahun-tahun sebelum ni abis je bulan ramadhan abis la amalan, lebih teruk lagi seminggu sebelum raya dah abis amalan.. huhu T_T



Be productive Muslim:

Tuesday, July 19, 2011

Mangsa Kerakusan Teman Lelaki

Assalamulaikum ^_^v ,
Dengan nama Allah yang Pemurah lagi Maha Penyayang..



Sedikit petikan kisah benar dari utusan:


Saya kenal Faizal (bukan nama sebenar) bukannya baru. Kami kenal lama, hampir empat lima tahun rasanya. Tapi tak sangka dia sanggup buat saya begini,” ujar Mardiah sambil menahan sebak.


Sehinggalah tanpa di sangka, pada suatu hari yang berlakunya tragedi itu, Faizal telah menunjukkan belangnya yang sebenar.


Ketika mereka bersama menaiki motosikal yang asalnya bertujuan untuk berjalan-jalan tetapi akhirnya melencong ke sebuah rumah kosong.


Saya benar-benar tergamam. Faizal bertukar umpama singa yang buas. Saya tidak mampu melawan dan melarikan diri apabila di rumah kosong itu. Saya menjadi mangsa kerakusan nafsu Faizal.


Cerita penuh kat sini


Moral of the story, wanita-wanita sekalian, jangan la mudah percaya pada lelaki selagi tak bergelar suami...

Anda mampu mengubahnya.. ^0^



Sunday, July 10, 2011

Fikir...


Assalamualaikum,

Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

Sempena Bulan Syaaban ni, bulan Rasulullah, sebagai umat Rasulullah, jom kita cuba amalkan sunnah-sunnah yang mampu kita buat. Ni nak share satu sunnah yang paling senang nak buat. Tak letih pun iaitu :



MEMIKIRKAN NIKMAT ALLAH




"Hendaklah kamu berfikir tentang nikmat-nikmat Allah, dan jangan berfikir tentang zat Allah"
(Direkodkan oleh Thabrani, Al-Baihaqi dan Al-Albani)

Bila fikir nikmat-nikmat Allah, akan timbul rasa bersyukur, terasa betapa Allah menyayangi hamba-hamba-Nya, walaupun diri selalu melupakan-Nya, lalu mekar rasa cinta kepada Allah, bila cinta sudah hadir, perintah dan laranganNya bukan lagi satu beban...


Senangkan, atas katil pun boleh buat ^_^v,

Layan.. ..





Thursday, July 7, 2011

FB Privacy

Assalamualaikum,


Baru start guna Android for FB. Bila dah sync android n FB, ada 1 folder baru nama FB Phonebook. Dalam folder ni, entah datang dari mana, ada nombor telefon 1/3 daripada friendlist aku di FB. Wow, dalam masa 1 minit lebih aku dapat +- 100 no telefon, siap dengan gambar profile. Macam tu je boleh dapat nombor orang??? Dahsyat kan teknologi..

Sebabkan hanya 1/3 je no phone yang ada, aku pun cek la dekat Fb kenapa ada 1/3 je? Rupa-rupanya 1/3 orang ni memang dia letak no telefon dia kat FB. Tegok contoh ni:


click untuk besarkan

Daripada 1/3 orang tu, ramai jugak yang tak kenal sebab diorg add aku, aku tengok mutual friends atas 5 orang aku approve je, tak pernah tegur dan tak tahu siapa.

Mungkin ada orang saja tunjukkan no dia, tu tak kisah la hak masing-masing. Tapi bagi sesiapa tak nak tunjuk dan tak perasan yang dia dah tertunjuk, cuba la cek balik ye. Macam-macam orang boleh buat bila ada banyak info pasal kita, terutama yang jenis main add je ntah siapa-siapa. Layan video ni:




Friday, July 1, 2011

Bila Cinta...


Di suatu pagi ketika Nazri bersiap sedia untuk belajar mata pelajaran matematik, 3 pelajar baru memasuki kelas tersebut. Guru matematik mengarahkan mereka mengenalkan diri masing-masing. Mata Nazri tertumpu kepada pelajar kedua, bernama Syasya, seolah-olah ada daya tarikan terhadap gadis itu, mungkin kerana wajahnya yang comel. Hari pun berlalu seperti biasa. Segalanya berubah apabila Nazri dan Syasya diletakkan dalam kumpulan yang sama untuk projek kelas Bahasa Inggeris. Mereka mula bertegur, teguran berubah menjadi persahabatan. Apabila persekolahan hampir tamat, mereka keluar bersama buat kali pertama sebagai kawan. Dalam bas, Nazri tidak duduk sebelah Syasa, kenapa? Kerana terdapat perasaan ragu-ragu dalam hatinya bolehkah dia duduk bersebelahan dalam keadaan yang rapat sedangkan banyak lagi kerusi yang kosong.


Sekolah pun tamat, masing-masing mula menuju arah berbeza, mereka berjauhan. Saat itulah timbul bibit-bibit kerinduan. Mereka pun menjadi “couple”. Pada mulanya perhubungan itu tidak menjadi hal buat Nazri. Mereka berjauhan dan hanya berhubung melalui telefon. Lama kelamaan, cara mesej mereka mula bertukar. Dari “aku kau” berubah menjadi panggilan-panggilan manja. Dari percakapan biasa berubah menjadi suara manja dan menggoda yang mencairkan hati. Kerinduan ,khayalan, keinginan, nafsu dan bayangan terhadap Syasya mula timbul. Hati Nazri mula timbul persoalan “Betul ke apa aku buat ni?”. Hakikatnya dia sendiri tahu apa yang dia lakukan termasuk dalam zina hati, zina telinga dan zina lidah, iaitu perkara yang mendekatkan kepada zina, namun diteruskan jua dek kerana perasaan sayang dan kehendak nafsunya sendiri. Disedapkan hatinya sendiri dan dihalalkan perbuatannya dengan kata-kata “Takda papelah, aku dan dia kan jauh, bukan boleh jadi apa-apa pun”.


Hari terus berlalu, ditakdirkan mereka berdekatan semula. Mereka mula keluar “dating” seperti pasangan-pasangan yang lain. Kini Nazri tidak lagi ragu-ragu untuk duduk disebelah Syasya di dalam bas. Hilang perasaan takutnya yang dulu tersemat dihatinya dulu. Dari bas berubah kepada motosikal. Iman dihatinya dulu selalu mengutuk perbuatan wanita menunggang bersama lelaki bukan mahramnya. Namun bila cinta nafsu berbicara, kini dia sendiri yang melakukannya. Pada mulanya terdetik perasaan takut untuk melakukannya kerana terasa kehadiran Maha Melihat. Lama-kelamaan perasaan itu hilang. Sekali lagi dihalalkan perbuatannya dengan kata “Aku bukan buat apa-apa pun, tak tersentuh pun naik moto”. Pabila merenung mata dan melihat senyuman Syasya dalam jarak yang dekat, jiwa lelakinya bergolak, hanya perasaan malu saja yang menghalang dia melakukan perkara-perkara tidak baik.


Sebahagian hati Nazri seronok dan bahagia dengan perhubungan itu, sebahagian lagi hati Nazri, mula gelisah, resah dan tidak tenang, mungkin itulah bahagian yang masih tersisa dengan iman. Pabila dimuhasabah dirinya, semua jenis perkara yang mendekatkan zina telah dilakukan, mata telinga, lidah kaki dan tangan. Yang tinggal hanyalah perbuatan zina tu sendiri. Nazri kini semakin dekat menjadi manusia yang dia sendiri keji suatu ketika dahulu. “Jangan mendekati zina” salah satu ayat yang dihafaznya dan kini dia melakukan sebaliknya.


Nazri mula membuat sedikit tindakan, mesej dikurangkan dan menghalang dirinya sendiri keluar bersama syasya terutama menaiki motosikal. Namun tindakannya tidak bertahan lama, sayangnya terhadap Syasya menyebabkan lama kelamaan mereka kembali keluar bersama. Ternyata bahagian yang dikawal nafsunya dan syaitan lebih kuat daripada imannya yang amat nipis.


Nazri bingung, salah satu penyelesaian adalah perkahwinan, namun Nazri sendiri masih bergantung kepada ibu bapanya. Pengajian masih panjang, apatah lagi memasuki alam pekerjaan. Antara redha Allah dan sayangnya pada Syasya manakah Nazri perlu diplih?


Endingnya buat sendiri la ye ikut pendapat masing-masing ye.. ^_^


Walaupun kisah ni tak menarik sangat, pengajaran yang boleh diambil..


1. Bercinta tak salah, memang fitrah, tapi kalau dalam kes Nazri ni, dia ada ilmu, dia tau hukum hakam agama, tapi dia membatukan hatiya, mengabaikan ilmunya kerana cinta terhadap Syasya. Dia tahu larangan Allah mendekati zina tapi sebab cinta dia wat dek je. Bukankah dia dah meletakkan cinta Syasya tu lebih tinggi darjatnya dari cintanya terhadap Allah?


(Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka). At-Taubah (9:24):


Dalam ayat ni Allah dah senaraikan cinta-cinta fitrah bagi manusia, walaupun cinta fitrah pun tetapi dilarang melebihi cinta Allah dan Rasulullah. Agama dah susun cinta manusia elok-elok.


2. Nazri dari seorang yang tidak mahu duduk rapat dengan wanita > duduk rapat> menunggang bersama. Boleh nampak tak evolusi tu? Ustaz aku pernah cakap, dosa ni kalau buat sekali akan rasa bersalah, kali kedua dah mula rasa biasa dan kemudian jadi tabiat. Tak kira la apa-apa jenis dosa pun, mengumpat, mencuri, menipu, bila dah buat kali pertama, akan ada yang kedua dan seterusnya.


2. Kepada wanita, berjaga-jagalah. Tak kira nampak baik macam mana sekalipun seorang lelaki tu dia tetap ada nafsu. Nazri yang tahu hukum agama pun tetap terdetik melakukan perkara tak elok, masih dapat menahan diri kerana ada perasaan malu, tapi sampai bila dia dapat bertahan?. Banyak kisah-kisah apabila nafsu bekerjasama dengan syaitan, orang alim pun tumpas. Sekarang ni pun dah banyak kes-kes rogol n buang anak.


3. Jangan la sekali-kali mengutuk memaki bila tengok kelakuan kurang baik. Memang rasa benci dalam hati tu perlu ada, sebab tu selemah-lemah iman, tapi pada masa yang sama kita doakan orang tu berubah, bukan memaki atau mengutuk. Mengutuk belakang tu dah kira dosa ngumpat. Lihat Nazri duk kutuk-kutuk orang menunggang bersama, last-last dia sendiri yang buat. Manusia boleh berubah, yang jahat boleh berubah baik dan sebaliknya. Kita sendiri tak tahu macam mana diri kita pada masa akan datang.


4.Yang sedang hangat bercinta tu, manifestasikanlah cinta anda di jalan yang betul dan halal. Kalau anda ikhlas sayangkan pasangan anda, jagalah kehormatannya dan maruahnya, bukan sebaliknya.


5. Kepada yang single n available, terutama yang masih belajar kalau boleh tangguh-tanguh la dulu. Susah bercinta luar nikah ni, susah nak jaga semuanya. Kita punya nafsu, tambah dengan Syaitan lagi. Sabar je la ye. Rasulullah pun mula bercinta umur 25.


“Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.” (At-Talaq, 65:3)



Lagu khas untuk Nazri n Syasya, Cerita ini tiada kaitan dengan Nazri Raihan ye, watak rekaan semata-mata

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...