Assalamulaikum ^_^v
At-takasur atau makna dalam bahasa melayu "Bermegah-megahan" atau setengah tafsir "Berlumba Mendapat Kekayaan". Surah ni dari kecik dah terhafal. Sebab kecik2 dulu ngaji merangkak-rangkak, ayah sambil pegang rotan selalu suruh baca ulang-ulang sampai lancar, secara automaticnya terhafal. Tapi selama ni tak pernah tau apa maknanya, dah macam burung kakak tua, tau bercakap tapi tak faham.
BAck to the point.Surah pendek je tapi bak kata pepatah siapa makan cili dia terasa pedasnya. Macam tu la terasanya bila kali pertama dalam hidup ini membaca tafsir surah ni. Sila baca tafsir dia, video English, melayunya di bawah video diambil dari software Al-Quran.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
1) Bermegah-megahan telah melalaikan kamu (berlumba mendapatkan harta benda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh)
2) Sehingga kamu masuk ke kubur
3) Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibat buruk semasa hendak mati)
4) Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibat buruk semasa hendak mati)
5) Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin
6) Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim
7) Dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
8) Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu bermegah-megah di dunia)
Gerun tak?
Sejak kecil lagi kita dah diajar oleh sistem pendidikan sekarang ni
belajar elok-elok> masuk universiti> dapat degree> dapat kerja hebat-hebat> dapat pangkat besar dan gaji tinggi-tinggi> jadi kaya n boleh hidup senang.
Tapi surah ni dah beri amaran bahawa semua itu akan melalaikan kita dari mencari bekalan akhirat. Jangan la taksub sangat cari dunia sampai lupa akhirat. Bila dah masuk kubur nanti, semua tu akan ditinggalkan, amalan kita je yang ikut jadi peneman setia. Pandai-pandailah bahagikan masa untuk dunia dan akhirat. Dunia kita pun nak, akhirat pun lagi la kita nak. Semoga penyesalan kita tidak datang sewaktu telah dilemparkan ke dalam neraka (lihat ayat 7).
Dunia ini hanya persinggahan menuju akhirat

2 comments:
Nice posts and good blog. I like it.. I'll bookmark this blog on my browser now.
Thanks TemplateGator. nice temlate u got there..
Post a Comment