Wednesday, June 15, 2011

Semakin Jauh


Assalamualaikum, hari ni dekat paper kosmo ada satu berita penting bertajuk

"Golongan muda kurang amalkan ajaran Islam"



Berita mengenai kajian yang dibuat di Indonesia. Kenapa Malaysia tak buat kajian yang sama? Malaysia kalau buat kajian yang sama pun hasilnya lebih kurang je. Aku copy paste hasil kajian dia

"Hasil kajian mendedahkan hanya 28.7 peratus responden mendirikan sembahyang lima waktu sehari. Hanya 11.7 peratus memahami ayat-ayat al-Quran dan kurang 60 peratus daripada mereka berpuasa di bulan Ramadan."

28.7% JE yang lengkap solat- bukankah solat itu tiang agama ...
11.7% JE memahami ayat Quran- bukankah Quran itu petunjuk untuk umat Islam..
60% JE berpuasa di Bulan ramadhan- bukankah puasa tu rukun Islam ke-3..

Umat Islam dah semakin jauh dari Islam. Yang tinggal hanya nama, Sama-sama lah kita berubah, tanpa solat, tiadalah yang dapat menghalang kita dari melanggar perintah Allah, tanpa Quran, sesatlah kita selama-lamanya di Bumi Allah ni, maka timbullah kes-kes gejala sosial, jenayah dan yang paling ditakuti adalah kes murtad. Statistik orang yang memohon untuk murtad di Malaysia:



Ramaikan. Sebab tu la aku kata kalau Malaysia buat kajian hasil mesti lebih kurang je, tanpa Quran confirm sesat, bukan aku kata, Rasulullah kata,
tu janji Rasulullah,.

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu Al-Quran dan sunnah Rasul”
(Riwayat Bukhari)

Kembalilah kita pada Al-Quran dan As-Sunnah~~

Jom layan lagu ni,sayu. Group feveret time kecik2 ^_^~~





"Ya Allah kami berlindung pada Allah dari menyekutukan Engkau dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami mohon ampun kepada-Mu dari menyekutukan-Mu dengan sesuatu yang kami tidak tahu"

2 comments:

Anonymous said...

Keluar Agama itu hal peribadi orang lah. Bila orang lain masuk Agama Islam, tidak kah mereka tinggalkan agama asal mereka? Ini semua hal peribadi. Tak payah gabrah dgn issue remeh.

Damon Salvatore said...

Aah mmg pilihan peribadi, tp sbb apa dia piilh jln tu, sbb akidah dia xkuat, akidah xkuat menunjukkan kegagalan saudara2 Islam sekeliling dia dlm membentuk akidah dia n gagal tolong dia. Apa yg aku gabrah skrang punca akar umbi dia murtad tu, sbb kalo punca-punca tu dpt diatasi xda la org murtad. Murtad tu pun perkara yang dilarang Allah dan Rasulullah. Rasul pesan dalam khutbah terakhir jgn murtad setelah Baginda wafat. So aku xnmpak pun keremehan isu ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Topup2u