Monday, June 27, 2011

Alhamdulillah..

Assalamualaikum..

Minggu lepas banyak benda-benda baik yang jadi..

Yang paling menyeronokkan, beronok-ronok, setelah 5 bulan lebih berulang alik ke site, makmal dan menghabiskan barang-barang makmal, akhirnya dapat jugak isolate chytrid, sejenis kulat dalam group Chytridimycota (Dulu tak pernah dengar n belajar pun pasal group ni). Walaupun baru 40% siap, tapi ok la dari takda apa-apa. Aku ni lembab sikit dalam buat reseach ni, orang lain boleh buat dalam masa sebulan aku buat 5 bulan.

Yang besar tu pollen grain, yang bulat melekat tu la chytrid.

Lepas tu atas nasihat 3 orang ustaz, dapat buka satu akaun kat Bank Islam, n tutup dua akaun yang bank lain. Dah lama nak buat tapi asyik tertangguh je. Bab yang tutup tu senang, yang buka pula susah, last2 kena balik rumah, buat kat hometown. Bank Islam bangi banyak sangat songeh nye. Nak mencari yang halal punya pasal...

Last sekali beban yang menyusahkan n memberatkan hati +- 2 tahun akhirnya terlepas.Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu. fuuhh.. lega kome



Alhamdulillah, segala puji hanya bagi Allah..

P/S: 1 lagi, OMG!!OMG!! sepah menang.. baik punyeeeee...haha

Wednesday, June 22, 2011

Bermegah- Megahan

Assalamulaikum ^_^v



At-takasur atau makna dalam bahasa melayu "Ber
megah-megahan" atau setengah tafsir "Berlumba Mendapat Kekayaan". Surah ni dari kecik dah terhafal. Sebab kecik2 dulu ngaji merangkak-rangkak, ayah sambil pegang rotan selalu suruh baca ulang-ulang sampai lancar, secara automaticnya terhafal. Tapi selama ni tak pernah tau apa maknanya, dah macam burung kakak tua, tau bercakap tapi tak faham.

BAck to the point.Surah pendek je tapi bak kata pepatah siapa makan cili dia terasa pedasnya. Macam tu la terasanya bila kali pertama dalam hidup ini membaca tafsir surah ni. Sila baca tafsir dia, video English, melayunya di bawah video diambil dari software Al-Quran.



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

1) Bermegah-megahan telah melalaikan kamu (berlumba mendapatkan harta benda, anak-pinak, pangkat dan pengaruh)

2) Sehingga kamu masuk ke kubur

3) Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibat buruk semasa hendak mati)

4) Sekali lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibat buruk semasa hendak mati)

5) Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin

6) Nescaya kamu benar-benar akan melihat neraka Jahim

7) Dan sesungguhnya kamu benar-benar akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!

8) Kemudian kamu pasti akan ditanya pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu bermegah-megah di dunia)


Gerun tak?

Sejak kecil lagi kita dah diajar oleh sistem pendidikan sekarang ni

belajar elok-elok> masuk universiti> dapat degree> dapat kerja hebat-hebat> dapat pangkat besar dan gaji tinggi-tinggi> jadi kaya n boleh hidup senang.

Tapi surah ni dah beri amaran bahawa semua itu akan melalaikan kita dari mencari bekalan akhirat. Jangan la taksub sangat cari dunia sampai lupa akhirat. Bila dah masuk kubur nanti, semua tu akan ditinggalkan, amalan kita je yang ikut jadi peneman setia. Pandai-pandailah bahagikan masa untuk dunia dan akhirat. Dunia kita pun nak, akhirat pun lagi la kita nak. Semoga penyesalan kita tidak datang sewaktu telah dilemparkan ke dalam neraka (lihat ayat 7).

Dunia ini hanya persinggahan menuju akhirat


Saturday, June 18, 2011

Chirping Cheetah

Assalamualaikum

Kenal cheetah? Mesti kenal kan. Kucing liar yang paling cute (pandangan aku la, taste lain2), Binatang darat yang terpantas. Salah satu binatang yang diambang kepupusan sebab genetic diversity dah kurang. Tapi bukan nak post pasal tu (mentang2 belajar conservation =p). Hari tu tengok NatGeo wild terkejuz rupanya cheetah ni ada bunyi burung.. cute max!!! Ingatkan reti mengaum je..



Rasa nak peluk2 cheetah tu (berani ke?)



Ni seekor lagi kucing liar, Serval Cat




P/S: kucing2 yang aku jumpa setakat ni tak pernah plak buat bunyi macam tu, ke aku yg tak perasan, banyaknya benda yang tak tahu pasal alam ni.. huhu


Wednesday, June 15, 2011

Semakin Jauh


Assalamualaikum, hari ni dekat paper kosmo ada satu berita penting bertajuk

"Golongan muda kurang amalkan ajaran Islam"



Berita mengenai kajian yang dibuat di Indonesia. Kenapa Malaysia tak buat kajian yang sama? Malaysia kalau buat kajian yang sama pun hasilnya lebih kurang je. Aku copy paste hasil kajian dia

"Hasil kajian mendedahkan hanya 28.7 peratus responden mendirikan sembahyang lima waktu sehari. Hanya 11.7 peratus memahami ayat-ayat al-Quran dan kurang 60 peratus daripada mereka berpuasa di bulan Ramadan."

28.7% JE yang lengkap solat- bukankah solat itu tiang agama ...
11.7% JE memahami ayat Quran- bukankah Quran itu petunjuk untuk umat Islam..
60% JE berpuasa di Bulan ramadhan- bukankah puasa tu rukun Islam ke-3..

Umat Islam dah semakin jauh dari Islam. Yang tinggal hanya nama, Sama-sama lah kita berubah, tanpa solat, tiadalah yang dapat menghalang kita dari melanggar perintah Allah, tanpa Quran, sesatlah kita selama-lamanya di Bumi Allah ni, maka timbullah kes-kes gejala sosial, jenayah dan yang paling ditakuti adalah kes murtad. Statistik orang yang memohon untuk murtad di Malaysia:



Ramaikan. Sebab tu la aku kata kalau Malaysia buat kajian hasil mesti lebih kurang je, tanpa Quran confirm sesat, bukan aku kata, Rasulullah kata,
tu janji Rasulullah,.

“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang mana kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu Al-Quran dan sunnah Rasul”
(Riwayat Bukhari)

Kembalilah kita pada Al-Quran dan As-Sunnah~~

Jom layan lagu ni,sayu. Group feveret time kecik2 ^_^~~





"Ya Allah kami berlindung pada Allah dari menyekutukan Engkau dengan sesuatu yang kami ketahui dan kami mohon ampun kepada-Mu dari menyekutukan-Mu dengan sesuatu yang kami tidak tahu"

Saturday, June 11, 2011

Tap Water vs Bottle Water



Assalamualaikum..
Dah tengok kan, hebatkan cara syarikat-syarikat air mengaut keuntungan. Keadaan ni kat US, Malaysia tak tau la macam mana... Tapi kat Malaysia sumber air botol ditanda ikut tudung..

Tudung putih - Air paip
Tudung biru- Air mineral
Tudung Hijau- Yang ni tak tahu, spritzer je pakai tudung ni
Tudung Kuning- Spritzer gak tapi versi wayang..

Tak kesah la tu, masing-masing pandai buat pilihan. Salah satu Point yang paling penting kat sini botol dari air botol tu punca pencemaran. Dari proses penghasilan sampai ke pembuangan. Boleh tengok kat persekitaran kita, merata-rata botol air. Sayangilah Bumi kita.. (^_^)V

Wednesday, June 8, 2011

Dalam Hati Ada Dunia

Saat2 kebosanan layan hot.fm pun sodap. Lagu demi lagu dimainkan, si pendengar pun turut menyanyi setiap lagu dengan sempurna, tanpa kesalahan. Kemudian si pendengar terdengar bunyi bacaan Al-Quran, "aku tau surah ni." Dia pun mengikuti bacaan itu, tapi setiap ayat penuh dengan kesilapan, lupa, bacaan terbantut. Dia pun mula terfikir. "Aku ni nama je Islam, tp dalam hati n ingatan xlekat pun ayat Quran, lagu tau plak, !! Dalam hati ada dunia SAHAJA "

Of coz la si pendengar tu aku sendiri. Then teringat zaman sekolah dulu, ada kelas KKQ, Kelas Kemahiran Quran, aku selalu ponteng kelas ni, sebab kelas ni wat time PREP, ngantuk. Kalau pergi pun xfokus, xda sikit pun ilmu kelas tu yang lekat saat ni, rasa nyesal sangat2.. huhu. 1 je yang lekat, doa lepas abis belajar (excited nak balik sbb tu ingat):




Pesanan ustaz "Hidayah n petunjuk mesti dicari, tak datang bergolek". Macam mana nak cari?

"
Aku tinggalkan untuk kalian dua perkara. Kalian tidak akan sesat selama berpegangan dengannya, yaitu Kitabullah (Al Qur’an) dan sunnah Rasulullah Saw.(HR.Muslim)"

"Dan tiadalah Kami menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) melainkan supaya engkau menerangkan kepada mereka akan apa yang mereka berselisihan padanya dan supaya menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. (An Nahl:64)"

P/s: Azam baru, nak ingat balik apa yg telah lupa, mcm dalam doa tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...